jump to navigation

episod akhir.. April 29, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
add a comment

salam..

hari nie 29.4.2009

menunggu saat2 kegembiraan dan kesyukuran..

berakhirnya sebuah…

episod

paper akhir,  sem 6….

tak sabar menunggu.. 😀

Doakan saya dan sahabat2 najah yer..

*kadang2 kita penat menunggu dan menunggu…penantian itu satu penyeksaan, menguji kesabaran dan menguat ketabahan..

kembalilah duhai mawar kepada Penciptanya.. 🙂

kembali April 28, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
add a comment

bismillah…

28 dan 29/4… penantian dan penghitungan untuk tamatnya sem 6… klimaks exam sudah sampai ke penghujungnya. Penantian itu satu penyeksaan..sungguh!.

petang tadi baru saja habis exam instrumentasi asas…major fizik. Alhamdulillah..moga2 dpat terbaik..sama2lah mendoakan..insyaAllah..

Perasaan gembira berbaur sedih di tambah pula diserang virus demam.. sangat seksa…menguji kekentalan jiwa. Sebelum exam TFG tadi, ayah ada kol.. katanya tok long mek long dah meninggal.. tak mampu menahan sebak, terlepas di tandas..huhu…menangis jugak di situ..tak nak roomate dan housemate tgk. sedih sangat. 😦

Tika menjawab exam itu, terfikir juga saya pada tok nek…mahu saja lepas exam pkul 5 ptg…drive ke sungkai. TM ke sungkai makan masa 1jam lebih.. niat saya di halang oleh ayah..katanya..fikir exam dulu, mak dan ayah ada di sungkai..ayoe kol….dia baru balik outsation, pun baru sampai di sungkai.

ermmm…

tak mampu untuk berkata2 😦

Apa boleh buat,

Allah lebh menyayangi beliau..

doaku…

semoga tok dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org yang beriman dan beramal soleh..

kata hati;;;; Hidup ini hanya pinjaman saja…setiap yang hidup akan kembali kepada hak Pencipta…bila agaknya masa kita??

innalillahiwainnailaihiroji’un….

perginya seorang kekasih.. April 21, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Tazkirah dan Perjuangan.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim….

Ya Rasulallah…)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Ya Allah….sayu sangat menghayati  bait2 ini… menghayati detik2 nabi Muhammad yang mulia pergi di saat sakarat datang menjelma tiba.. sungguh sakit nian… bertapa sayangnya Rasullullah ini pada umatnya tatkala berdoa segala sakit maut umatnya nanti  hanya ditanggung olehnya sahaja… sungguh tidak dapat saya katakan bertapa sayangnya beliau terhadap umat2nya…Dia akan turun membawa syafaat pada umatnya untuk menolong umatnya di titian siratul mustaqim nnt… Ya Allahh….bertapa mulianya nabi kekasihMu ini.. Alangkah indah sekiranya kita dapat berjuang bersama nabi untuk tegakkan islam tika ini… Jujungan Nabi Muhammad s.a.w..insan yang sangat bersih dari dosa…suci…. Dan sangat indah akhlaknya…Klau bukan kerana Rasulullah membuat kerja islam…blum tentu kita dapat merasai nikmat islam….ya!!… bertapa hebatnya Kau wahai kekasih Allah…..

Wahai insan…Ya aiyyuhannas!!….sedarkah engkau..ingatkah engkau pada rasulmu….berapa kali kah engkau mengingat rasul dalam hidupmu sehari???atau engkau tidak pernah ingat langsung wahai manusia….. Di manakah kasih sayangmu pada kekasihNya???? Apa bukti engkau sayang padaNya?? Selawat kah engkau padanya? Bukankah engakau tidak tahu…andai engkau selawat padanya,maka malaikat akan berselawat padamu sepuluh kali??atau engkau masih enjoy dengan kehidupan mu…lara dan alpha dengan hal2 dunia…ya aiyyuhannas!!!….bukakan hatimu…bukakan fikiranmu…..tanyalah imanmu………….

Wallahua’lam…

Semoga kita tidak pernah lupa pada Allah dan kekasihNya…ameenn.. 😉

MEDAN IMTIHAN April 15, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
2 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ini kuliah akan tamat…esok boleh start study.. 😀 …sebetulnya, minggu bernama study week tak ada. Jadi,berbaki beberapa hari ini…kena usaha untuk exam.. Bak kata sahabiyah “iringi doa dan tawakal dalam usaha”, insyaAllah…

Apa pun..kita jgn putus asa..

USAHA!+DOA!+TAWAKAL!=BERJAYA!… insyaAllah…

bersungguh2lah demi pecutan terakhir ini…

first paper saya pada 21 April-Research Methods, second 23April- modern Physics, third 27April – RI, 28April- Instrumentation and last 29April-Biology…

Semoga sempat cover subject2 ni… walaupun tough2 juga.Semoga Allah membantu dan memberkatiku..ameen

Tak sabar sebenarnya nak habis exam..tapi sedihnya… seusai habis exam nnt, tak bley balik kampung terus…ada perkara kena selesai di u nie…. Kerja2 tesis untuk sem depan. Kena bertungkus lumus itu. Semalam,mak kol…bila exam?balik bila?huhu…jawapannya tak pasti tapi yang pastinya akan BALIK!… ksian pula mak…

tak pe..apa yang penting…fikir exam dulu…nnt saya balik jugak..semoga Allah masih lagi beri pinjaman nyawa ini.amin.

agaknya, saya tak boleh berbicara panjang…pkul9 am…ada kerja di kampus… kena ‘bersiap2’..

Tapi,,

Sebelum sign out wadah bicara…sebelum turn off pena peribadi…

Dikesempatan ini ingin saya….

wish u all the best in final exam… do it better and more better..dont give up..pray for the Lord.insyaAllah, u will be success..

Ya Allah, sinarilah hatiku dengan petunjuk…sebagaimana Engkau menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama2nya dengan rahmatMu wahai Allah yang Maha Penyayang..

All the best

salam imtihan…salam perjuangan salam kasih sayang.. 😀

Maa’taufiq Wannajah!.

Allahuyubarikuna..

-Adibah Amir-

saja-saja… April 12, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
add a comment

Bismillahhirrahmanirrahim…

Saja-saja melirih pada wadah ini…seperti mahu mencoretkan sesuatu, tika ini titisan hujan damai membasahi bumi,air bertakung di jalanan membuatkan perjalanan itu becak.. sepasang mata ‘jernih’ ini ingin katup mengiringi ke pembaringan, sekujur tubuh yang penat dan agak letih, memerah keringat dan lasak dalam beberapa perkara.. sebetulnya, saya baru balik dari program.. Dari pagi sampai ke petang mahu senja setia menanti kesibukan ini.

Tapi,sedihnya….kepulangan awal dari program menyaksikan tanda tanya dari sahabat… memikirkan kerja banyak,test…exam…dan esiment. Mohon maaf kepada sahabat sahabiyah…terpaksa pulangan awal..beberapa perbincangan yang akan bermula sementar lagi..

Minggu ini…minggu study week… sebenarnya tidak ada study week.. alhamdulillah…lecture habis awal dan ada beberapa saja lagi lect dalam proses tamat.. Boleh lah saya “mencuri’ masa untuk study..tak gitu?

minggu depan sudah start exam.. amat berat bagi saya, kerna subject sem ni memang tough.tapi…..ada masa lagi…study betul2..jgn putus asa…”Sesungguhnya Allah tidak suka org yang mudah putus asa”… Chayok!!

kadang2 tak sabar pula untk menjawab exam..mahu cepat2 habis.. kadang2 berdebar pula.. YaAllah..kuatkan hatiku ini..memikirkan banyak lagi subject yang tak cover….rasa down juga… tapi kau kena kuat..lawan dan belajar betul2..  Jangan pula kau mengeluh kesah…merungut  pada diri.. malah cuba untuk tenang dan terus bersungguh2…

Ada masa untuk ‘cover’… Yakin dengan pertolongan Allah…bersungguh2 dan sabar.. kuatkan diri..insyaAllah kau berjaya…

Rabbizidni ilma wazuqni fahma

Bicaraku:-

kepada sahabat2ku sayang…

walaupunku tahu dikau ‘sibuk’,

walaupun ku tahu dikau letih,

teruskan perjuangan di medan ini,

jangan kau putus asa….

di saat akhir ini……..

kuatkan dirimu…

teruskan menghadapi setiap ujian keringat kesibukanmu..

sedarlah wahai sahabat..

inilah tarbiyyah Allah untuk kita..

Doakan kita sama2 berjaya dunia akhirat..

BITTAUFIQ WA NAJJAH

pecutan terakhir..pecutan semangat…. 😀

p/s: sekadar ocehan ringkas dari secebis luahan hati untukmu insan bernama sahabat… 😉

10 Peringatan Bumi April 4, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
1 comment so far

Pernahkan anda mendengar “Rumah kata p, kubuq kata mai”???”sekiranya dunia kata pergi,akhirat kata mari”,bagaimana yer…??

Sedarlah wahai umat..wahai manusia… bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan kamu namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka…

sedarkah anda?sedarkah kita?

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku

p/s : petikan dari sahabat untuk sahabat….. 🙂

1243PM

KHAR

adib_zikri0912

SeLaWaT mEnGhinDaRi MaSaLaH April 1, 2009

Posted by adieb in Nota Pada Diri.
add a comment

ALLAHUMA SOLLI WASSALIM ALA SAIYIDINA WA MAULANA MUHAMMAD,SOLATAN TAHULLU BIHA UKHDATI WA TUFARRIJU BIHA QURRBATI WA TUMKHI ZUNIBIHA MEUWAHLATI WA TUKILU BIHA ASRATI WA TAQDI BIHA HAJATI

” Wahai allah! Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas penghulu kamu muhammad s.a.w , dgn selawat yg meleraikan ikatanku dan melapangkan kesempitanku dan menyelamatkan aku dari kelemahanku dan meringankanku dengannya segala bebanku dan menunaikan semua hajatku .”

Selawat Murah Rezeki March 30, 2009

Posted by adieb in Nota Pada Diri.
2 comments

anak-solehah

ALLAHUMMA SALLI’ALA SAIYIDINA MUHAMMAD SOLA-TAN TU’AS SI-‘UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ WA’ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM…

WAHAI ALLAH RAHMATI, DAN KURNIAKANLAH KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH DAN SELAWAT YANG DAPAT MELAPANGKAN REZEKI KAMI, DAN MENJADIKAN BAIKNYA AKHLAK KAMI

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)

KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)

KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA…

Konvo USM March 28, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim…

Syukur Alhamdulillah….Semalam baru saja saya balik dari kampong. Seusai graduation si ukhti itu, saya bersama mak ayah balik kedah…melihat suasana USM meriah betul konvokesyen di sana. Kehadiran mak ayah, akhi dan saya cukup mengembirakan hati kakak.

Pkul 9.OO a.m, ayah dan mak bergegas ke dalam dewan USM,dengan pass masuk. Dua orang saja tidak boleh lebih….

Jadi, saya dan akhi dimana ya??..Saya berlegar2 melihat booth2 bersama akhi… sampai saja di satu booth jual beg dan aksesori wanita, saya lepak2 di situ…agak lama juga dari pkul9.00 – 1230pm..mahu tidaknya booth tempat saya lepak itu,kawan2 kakak punya…ermm,  kenal2 dengan Jue, wana, kak azi, dan ramai lagi muslimat2 geng2 kami.. Saya bukan hanya duk saja..tapi membantu sahabat2 usm berniaga..hihi.. Dapat juga ‘tackle’ dan berkenal2an dengan orang Libya dan Iraq yang membeli barang di gerai kami..Bukan apa…penjual mestilah peramah dengan pelanggan,baru pelanggan rasa dihargai dan mahu membeli barang kita..tak gitu??..hihi… 🙂

banyak juga yang laku masa itu.. gembira hati..

Setelah asyik menjual dan melayan pelanggan, kakak call…katanya sudah selamat grade….wahh..gembira btul saya…..ceria dan berbunga2 muka dia hihi…Itulah kali pertama dia terima ijazah dan katanya mahu lanjut lagi ke master dan phd…moga2 berjalan lancar dan berjaya di dunia dan akhir…sama2lah kita yer.

Ayah mula sebak,tak sangka melihat anak ketiganya itu terima ijazah..teringat!masa dulu, kakak tak dapat nak carry on dia punya subjek…subjek fizik…minor… tapi..tanpa kenal penat dan jemu dia usaha selagi boleh… hidup ini kena banyak bertawakal dan fikirkan boleh!!!

Kakak saya grade hari rabu 25/3/09…Alhamdulillah…sumenya sudah berjalan lancar. Syukur tidak terhingga kerana nasib kakak tak sama dengan org lain, rezekinya murah betul. Sebaik saja dia kuar dari USM, dia sudah dapat kerja tetap bahagian pharma pengawai penyelidikan bidang dia jugak lah… ermmm…jadi tidak perlulah dia pening kepala lagi untuk memikirkan soal kerja.. Betul!! Rezeki Allah di mana2 saja… Rezeki Allah Maha Luas.. Kakak saya kata, banyakkan doa,hajat dan paling penting solat Dhuha.. mahu tidaknya dalam doa selepas Dhuha pun banyak meminta dimurahkan rezeki…

“Allahumainka narizki fissama ifaanzilh…wainkafilardh……”

tahun depan saya lah pula….insyaAllah,mudah2an saya dapat grad tahun depan…

Ya Allah,permudahkan urusan aku,berikanlah kejayaan dan kecemerlangan padaku di dunia dan akhirat..ameen

p/s: nanti saya postkan di sini gambar akak saya konvo yer…:D

Panggilan ke USM March 23, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
add a comment

salam..

lama tidak mengupdate…sibuk dengan proposal dan projek. Semalam buat robotic, wah….by using basic stamp 2.. hanya  taip code,robotic dah mula bergerak..ermmm,klu nak cerita ilmu Tuhan ni ber’janggut pun blum habis…luasnya ilmu TUhan….semoga apa yang kita dapat nie diberkati..ameen.

Tak mau cerita panjang..

Hari ni hari gembira, sume kerja dah setel..cumanya proposalaja yang tertinggal..lagi sikit lagi dah nak siap…bila proposal dah approve, sem depan continue bt thesis..wah..sekejap je masa, sem depan dah sem tujuh, pastu praktikal… then kerja…ada yang dah sibuk2 pasal kahwin…saya??? sapalah yang nak..hihi..tunggu anak raja atau sultan masuk…sure lambat lagi lah…blum tentu dapat..masa kecik2 dulu mesti teringin nak kahwin dgn anak raja..hihi..raja kapoooorrrr..ngeh,tak lah.. 😀

ermm,pkul 8 nie ada kelas, habis pkul 11 nak terus bergegas ke stesen bus..bus pkul1130 ke ipoh..sampai pkul 130…solat dan tunggu pkul 2 ke sg nibong..sampai sana…kol ukhti itu,,datang amik..hihi… nak ke usm sebenarnya..esok hari bertuah akak saya..graduation lah katakan…

mak ayah dah kol tu, jumpa di usm…ngeh3..xsabar pula tunggu turn saya..tahun depan..moga2 diberkati ameen.

Semoga Allah permudahkan urusan kerja saya nnti…tak sabar nak kerja!!!..

kembali aku ke lamunan…. 😉