jump to navigation

AYUH,kita boikot!! August 10, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Mehnah Kehidupan, Tazkirah dan Perjuangan.
add a comment

Salam…

Kelihatan kelibat para graduan datang ke upsi ini mula berpusu2 menguruskan urusan konvokesyen mereka. Segala jubah dan bayaran sedang dilunasi. Usai habis kelas tadi, saja-saja melalui tapak konvo…baru mula memacak kemah,menyusun barang2 yang bakal akan dijual nanti.. wah…bermacam-macam jualan..mengikut tentatif konvo nanti,seperti yang sebelumnya akan ada konsert..konsert yang sebelum ini kebanyyakkan dari kumpulan2 nasyid..tapi kali ini lain dari yang lain. Pada hemat saya, tak salah kalau mahu mengadakan konsert,tapi biar pada keadaannya. Paling mengejutkan dan tak setujunya saya serta sahabat2, dua orang jemputan artis iaitu Jaclyn vactor dan faisal Tahir..WAAA!!!!!! memang power…tapi!!!……ini tidak sesuai dengan imej upsi itu sendiri…

Sebenarnya, petang tadi 5.30pm, saya dan sahabat2 pro kebajikan memang di undang2 ke meeting.Meeting pembantahan konsert yang akan dijalankan malam ini…. Apa yang berlaku, walaupun desakan dan bantahan berlaku sebelum konsert berlangsung ,bangunnya insan2 mempertahankan, haram!!tidak di endahkan langsung oleh pihak penganjur ,malah perkataan – perkataan dari pihak tertentu cukup sinis pada bantahan kami…..Perjalanan konsert akan diteruskan (istighfar sudah)…walau surat bantahan serta beberapa ahli mpp pro kebajikan bertemu sendiri dengan pihak HEP dan TNC…

tapi yang sebenarnya….

Kenyataan semasa…

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan kecewa dengan penganjuran konsert Jacklyn Victor di UPSI. Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan memandang serius diatas penganjuran berkenaan dan membantah kehadiran artis ini sempena pesta konvokesyen pada kali ini yang seharusnya bersifat intelektual bukannya hedonism apatah lagi ketika ini kita berada di Bulan Syaaban dan akan menjalani ibadah Ramadhan tidak lama lagi. Persoalannya lagi, mengapa perlu dibazirkan wang untuk tujuan hiburan berbanding dengan perkara-perkara bersifat akademik dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi. Kami begitu kecewa terhadap pihak pihak penganjur yang menjadi sebahagian dari warga pendidik seharusnya memainkan peranan untuk menapis permohonan persembahan artis dari dalam ataupun luar negara. Tapisan ketat perlulah dibuat bagi artis-artis yang mengadakan pertunjukan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat di UPSI dan penduduk sekitarnya memandangkan UPSI adalah institusi yang melahirkan bakal pendidik. Gejala hendonisme, iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan budaya yang tidak sihat ini…………………

AYUH! SAHABAT2 RUNTUHKAN KEBATILAN DI BUMI LONDON KITA YANG TERCINTA INI.

FIRMAN ALLAH:

“Sesungguhnya orang2 yg briman hanyalah org2 yg briman kpd Allah dn Rasul-Nya, kmudian mrka tidak ragu2 dn mrka berjihad dgn hrta dn jiwa raga merka pd jaln Allah, mrka itulah org2 yg benr.(Surah A-Hujurat:Ayat 15).

“:dan perangilah mrka itu, shingga tidak ada fitnah lagi dan(shingga) agma hanya untuk Allah belaka. jika mrka berhenti (dr mmusuhi kmu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kcuali terhadap org2 yg zalim.(Surah Al-Baqarah:ayat 193)

p/s :- sama2lah kita mendoakan… ‘QUNUT NAZILAH’..

‘kejadian’ akan berlaku..malam nie,tepat pkul9.00…..dalam masa beberapa jam ini,bangun untuk membantah….kata salah sorang wakil mpp….pro kebajikan..

perginya seorang kekasih.. April 21, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Tazkirah dan Perjuangan.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim….

Ya Rasulallah…)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Ya Allah….sayu sangat menghayati  bait2 ini… menghayati detik2 nabi Muhammad yang mulia pergi di saat sakarat datang menjelma tiba.. sungguh sakit nian… bertapa sayangnya Rasullullah ini pada umatnya tatkala berdoa segala sakit maut umatnya nanti  hanya ditanggung olehnya sahaja… sungguh tidak dapat saya katakan bertapa sayangnya beliau terhadap umat2nya…Dia akan turun membawa syafaat pada umatnya untuk menolong umatnya di titian siratul mustaqim nnt… Ya Allahh….bertapa mulianya nabi kekasihMu ini.. Alangkah indah sekiranya kita dapat berjuang bersama nabi untuk tegakkan islam tika ini… Jujungan Nabi Muhammad s.a.w..insan yang sangat bersih dari dosa…suci…. Dan sangat indah akhlaknya…Klau bukan kerana Rasulullah membuat kerja islam…blum tentu kita dapat merasai nikmat islam….ya!!… bertapa hebatnya Kau wahai kekasih Allah…..

Wahai insan…Ya aiyyuhannas!!….sedarkah engkau..ingatkah engkau pada rasulmu….berapa kali kah engkau mengingat rasul dalam hidupmu sehari???atau engkau tidak pernah ingat langsung wahai manusia….. Di manakah kasih sayangmu pada kekasihNya???? Apa bukti engkau sayang padaNya?? Selawat kah engkau padanya? Bukankah engakau tidak tahu…andai engkau selawat padanya,maka malaikat akan berselawat padamu sepuluh kali??atau engkau masih enjoy dengan kehidupan mu…lara dan alpha dengan hal2 dunia…ya aiyyuhannas!!!….bukakan hatimu…bukakan fikiranmu…..tanyalah imanmu………….

Wallahua’lam…

Semoga kita tidak pernah lupa pada Allah dan kekasihNya…ameenn.. 😉

Saat akhirnya… February 12, 2009

Posted by adieb in Tazkirah dan Perjuangan.
3 comments

Wahai saudaraku!!

ketika kamu bersuka ria, ketika kamu menjalankan keramaian, ketika kamu berpesta, ketika kamu menjalankan kerja seharian, pasti akan ada tetamu ke rumahmu untuk melawat, menziarahi serta bertanya khabar kepadamu…

..akan tetapi…..

ada seorang tetamu ini yang datang ke rumahmu… tetamu yang tidak pernah kamu mengundangnya ke rumah… tetamu yang tidak pernah terlintas di akal fikiranmu akan kehadirannya kepadamu…..

kamu tidak menyukai tetamu ini malah kamu bencikan dia namun kamu gerun pula melihat mukanya kamu menghalaunya keluar dari rumahmu namun tidak pula dia berganjak dari tempatnya berdiri kamu mengunci pintu dan tingkap rumahmu ditambah pula kunci tambahan yang kamu rasakan tetamu kamu itu tidak dapat masuk ke dalam rumahmu namun kamu gagal menghalangnya untuk masuk ..

kamu lari ke utara, selatan, timur dan barat malah ke hujung dunia namun dia masih berdiri tegak di hadapanmu kamu bersembunyi di mana sahaja namun kamu tetap melihat dia akhirnya kamu mengalah kepadanya…

lalu…

kamu bertanya kepadanya, “siapakah gerangan dikau??” dengan muka bengis lagi menggerunkan tetamu ini menjawab, “aku tetamu kau yang terakhir!!!” engkau menghalauku pergi dari rumahmu, engkau menghalangku masuk ke rumahmu, engkau lari dariku ke mana sahaja yang engkau rasakan kau mampu lari, engkau sembunyi dirimu dariku ke tempat yang kau fikir mampu untuk kau sembunyi…. namun segala usahamu hanya sia-sia… kerana tiada apa di dunia yang fana ini dapat menghalauku pergi, tiada apa di dunia yang fana ini dapat menghalangku untuk bertemu makhluk Allah, tiada apa di dunia ini dapat lari dan bersembunyi dariku, kerana suatu masa nanti bila tiba masanya bila aku menyahut suruhan ilahi, mereka pasti akan bertemu denganku jua…. dan orang yang lari dariku adalah orang yang tidak beriman kepada Allah kerana mereka lalai di dunia ini dengan segala kejahatan dan maksiat mereka takut pada kematian sedangkan mati itu pasti akan menemui mereka sedangkan orang yang beriman kepada Allah tidak akan lari dariku malah mereka rela dan redha di atas kedatanganku, kerana mereka sudah bersedia dengan amalan mereka di alam barzakh dan alam akhirat…..

dan pada waktu ini sudah tiba giliranmu untuk aku menjadi tetamu kau yang terakhir, aku datang menziarahimu aku menjemputmu dan aku membawamu menemui penciptamu………”

kerana inilah tugasku sebagai tetamu yang terakhir, datang menziarahi kamu dan membawa kamu pergi dari jasadmu….

” INGATLAH WAHAI SAUDARAKU!!!!!! SUATU MASA NANTI YANG KAMU TIDAK KETAHUI WAKTUNYA, TETAMU TERAKHIR INI PULA AKAN MENZIARAHI KAMU, TIADA APA YANG DAPAT MENGHALANG KEDATANGANNYA OLEH ITU BERSEDIALAH KAMU UNTUK MENERIMA TETAMU KAMU YANG TERAKHIR INI…………………………

ReNunGan Kita.. May 7, 2008

Posted by adieb in Tazkirah dan Perjuangan.
add a comment

esok..Alhamdulillah,tamatlah exam untuk sem 4 ini,hatta itu,jendela sem baru pula akn tiba.,lagi 3 sem bermastautin di sini,maka pulanglah untuk menabur bakti pada masyarakat,insyaAllah,andainya ada lagi pinjaman nyawa ini.Seusai menelaah buku sementar tadi,mahu pula diri mengadap pena peribadi,lantas wadah bicara mejadi santapan utama. melirih pula pada comment, dari seorang sahabat on bismillah…<supaya dengan renungan ini, menjadi satu garis peringatan pada kita yang sering alpa…>

untuk renungan bersama…….

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang menangislah wahai manusia…

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuah risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

 

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.
Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.

 

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan(pemuja dunia).

 

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.” (al- Hasr: 20)

 

Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”
Nabi Muhammad bersabda lagi : “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

 

Nabi bersabda : “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

 

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda : “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

 

Seorang Hukama pernah bersyair : “Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

 

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

 

Lupakah kita Nabi pernah bersabda : “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”

 

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

 

 

bismillah….. May 5, 2008

Posted by adieb in Tazkirah dan Perjuangan.
1 comment so far

“sakhinatul’ainin dan yaAllah…aku mahu”,dua buah bait2 kata yang ke ntah berapa kali puisi yang di hasilkan. andainya diri mahu menangis,jiwa rasa gundah..saya lebih suka mengarang puisi lalu berjujuran air mata mengalir..hati pula berombak2 menahan sebak.memang itu yang saya lakukan,saat menangis. Menangis mahu mencari ketenangan, ingin mencari pertolongan Tuhan..baru sebentar tadi qalam suciNya dari syeikh muqri’ jibril menemani..terharu pula rasanya.. terima kasih Tuhan…

Alunan Nur Selawat pinta untuk mmbaca mesej..”pabila terasa diawasi Tuhan..rasa berdosa stiap masa,rasa hina diri dengan Tuhan,rasa bersyukur atas nikmatnya..jiwa derita dengan dosa..rasa diri kurang amal padanya..”<sent:5 may 2008 22:37:03>

mesej dari seorang teman,meluahkan rasa.emm…tahu2 saja hati sudah sedih…”sabarlah yer,setiap manusia tidak terlepas dari dosa,setiap dosa itu juga tidak terlepas dari keinsafan,mahu menginsafi diri memohon keampunan…..sama2lah kuatkan diri dekat pada Allah…janganlah lemah dengan takdir Tuhan..Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang…Dia Maha dengar,jaga diri dengan baik,jaga iman..”

semoga istiqamah pada jalan Allah…Allah sayang kita…Allah bersama kita..kita ada Tuhan… mengadu pada Tuhan…Dia maha Mengetahui..<ya Allah…bantulah kami>

sakhinatul ‘ainin May 5, 2008

Posted by adieb in Tazkirah dan Perjuangan.
add a comment

AKu bertelengku sendirian

Memikirkan nasibku..

Sepertiga malamnya..

Hamparan sejadah menjadi keutamaan

aku mohon taubat padaNya

Aku menopang doa

Merintih sayu…

aku mengadu khilafku yang dulu

jiwa derita dengan dosa dan noda

Ya Allah,sungguhku takut akan azabMu yang Maha DAHSYAT

Aku menangis tika bait2 kalimah taibiahNya ku ratib

Aku takut tatkala menghayati qalam suciNya

Kehangatan air mata berjujuran

Membasahi…

Ya Tuhan..apakah aku hamba pilihanMu???

Bersama2 para syuhada’ dan solihin

Apakah aku terpilih untuk ke jannahMu?

Aku merintih…dan merintih…

Ya Rabb…aku takut pada nerakaMu

Aku takut akan sakratulmautMu

Aku juga gerun dengan akhiratMu

Ya Allah,….ampunkan aku…….

Innama asyku bassi wa khuzni ilaAllah

….aku mengadu susah dan sedihnya pada Allah

 

 

 

ya Allah,aku maHu…(~_~)”’ May 3, 2008

Posted by adieb in Tazkirah dan Perjuangan.
3 comments

 

aku mahu menangis..

menangis menitis air mata bersama alam,

aku mahu meratib,

meratib bertasbih bersama fana..

aku mahu berlari…

mahu mengejar sesuatu..

takut di kala ini aku kehilangan…

hilang haruman kasih dan rinduNya…

aku takut tidak kesampaian…

aku juga mahu menawan …

menawan cintaNya…

aku mahu..

mahu bersamaNya tatkala hamba2Nya lena di malam harinya…

ya Allah,aku mahu…mahu redhaMu dalam hiduku…

…ya Rabb,aku mahu…mahu barakah dariMu…

ya Allah…aku mahu…mahu keampunanMu terhadap dosa2ku.

.ya Allah,

lindungilah aku,

ampunkanlah aku.

kuatkanlah aku dalam perjuanganMu…

 

cinta dan harapan.. May 2, 2008

Posted by adieb in Tazkirah dan Perjuangan.
add a comment

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.kita jangan selalu mengharap ..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan.bukankah sabar itu indah?baik lagi elok?sabar satu kekuatan iman,sabar juga satu ketenangan.

Jangan pula menangis kerana gagal dalam percintaan..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta.Cinta hanya sementara,tapi cinta Allah selama-lama..cinta pula tidak akan hadir tanpa cinta Allah yang Esa

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.<semoga kita diperkuatkan segala ujian,dan menjadi hamba yang tidak pernah berputus asa>

Ibadah?Sibukkanlah diri dalam ibadah.Bukankah itu cara terbaik lagi molek? mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.
Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan pelbagai macam bisikan.Licik syaitan untuk noda hati manusia..,<semoga kita mendekatkan diri pada Allah>

Ibadah dan insafi diri…ya..inilah tazkiyatul alnafs..keinsafan pula bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang..sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..keinsafan itu indah,menginsafi atas dosa2 kita nan dulu..bangun,bermunajatlah dan bertaubatlah kepadaNya,mengadu pada Allah memberi ketenangan,<Allah Maha Pengampun..Maha Penyayang>

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang

<semoga hati2 kita hati berpaut pada cinta Allah,yang ikhlas padaNya,yang tidak lalai akan suruhannya..YaAllah,jadikanlah kami di antara glongan yang mencintaiMu,bukannya alpa padaMu..berilah kami peluang,harapan yang dapat menawan cintaMu..ampunkanlah kami>

Selamatkan Diri Di Padang Mahsyar April 28, 2008

Posted by adieb in Tazkirah dan Perjuangan.
add a comment

bersediakah kita…

 

Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati

 

Lantas,Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : “Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang- tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit- kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!”

 

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada di tempat yang dijanjikan kiamat.

 

Lalu mereka berkata : “Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul.”

 

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : “Mereka berkata: “Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)” (Yassin: 52) Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam – macam rupa.

 

1.    Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.  

2.    Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.  

3.    Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.  

4.    Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.  

5.    Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.  

6.    Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.  

7.    Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama)

8.    Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.  

9.    Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.  

10.  Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.  

11.  Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.  

12.  Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah- mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang).

13.  Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.  

14.  Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.  

15.  Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.  

16.  Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.  

17.  Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.  

18.  Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.  

19.  Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.  

20.  Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.  

21.  Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

 Jika ditanya pada diri,apakah kita sempurna? solatnya?atau solatkah kita?amalan kita?ikhlaskah kita atau riakkah kita? bagaimana pula hubungan kita dengan manusia, hubungan dengan Allah???….tidak gerunkah kita dengan pembalasan Allah?? bukannya kita tidak tahu balasan Allah itu maha dahsyat….

 

sanggupkah kita menghadapi balasan itu?!

 

jika tidak,

 

kenapa masih lagi bermalas – malasan untuk bertaubat, mengamal amal makruf nahi mungkar? apa…. kita ini terlalu hebatkah?!

 

tahukah kita mati kita bila?

 

tahukah kita kiamat bila?…cuba tanya diri,bagaimana keadaan iman dan amal solehku?sudahkah aku sujud menyembah Tuhanku?ikhlaskah aku dalam amalanku????

 

tepuk dada tanya iman kita…..

 

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan

bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama

manusia.

 

 

Ya Allah selamatkan kami….jadikan kami golongan yang beriman dan

beramal soleh… Amin…