jump to navigation

Aku, Kita BOLEH! February 27, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
trackback

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah…syukur sangat dapat juga siapkan tutorial,ntah kenapa lah fizik moden ini susah bebenornyer..soalan sedikit jer 10 soalan, tetapi susahnyer! Em…yakin boleh buat!..boleh!…

Sebentar lagi tutorial ini akan di hantar di lab.. susah – susah pun kena buat jugak, sapa lagi nak buat kalau bukan diri semdiri… jadi kena buat dan fikirkan boleh buat. Tiap kali, jika ada kerja… assignment yang bertimbun2, tutorial yang banyak, lab report yang perlu disiapkan segera, hati jadi tidak tenang. Senang cakap, selagi tak siap semua ini, selagi itu tidak senang duduknya. Tiap kali itu juga, “fikirkan boleh” mesti menitip di bibir, dan hati ini pula berdoa pada Tuhan agar dipermudahkan urusan,ameen. 😀

Bagaimana dengan proposal dan projek sem yer?. Erm, banyak kena buat….tapi…..

Bak kata ayah, “rilex ar, mahasiswa kan, mesti lah kerja byk, itulah tarbiyyah sebagai seorang muallimah nanti”, semua org macam tue, kita sibuk org lain lagi sibuk… kita tension org lain lagi pressure, boleh buatlah…nak dan tak nak jer…fikirkan boleh!”..hihi… satu kebaikan saya nie, saya lebih suka beritahu dan luahakn segala2 masalah pada ayah. Dia memahami saya. Kata ukhti, “hang nie jenis semua cerita kat mak ayah”.Hihi, itu lainya saya dengan adik beradik lain. Walaupun saya tahu saya buat sesuatu dan akhirnya akan kena marah, saya tetap cerita kat mak ayah. Hati puas..hihi, biar ayah tahu apa saya buat di belakang dia. < ada juga perkara yang perlu disimpan tak semua yang perlu diberitahu juga>

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Bait2 lagu ini lah yang membuatkan saya semangat.. Saya suka lagu ini. Beri maksud yang jelas dan mudah. Tambah semangat. Baru2 ini, sahabat saya, akan di’observe oleh lecturer u kitorang, dia mesej, katanya gementar dan takut. Saya send je beberapa bait lagu ini pada dia, sempat lagi berpesan selawat dan doa banyak2… dia kol…. <gelak>, nyanyi jap lagu itu, balasan saya, malu laaaa… katanya, ana suka lagu ni, teringat zaman darjah 4, ramai2 nyanyi lagu ini..hihi..oklah tue, mengimbau kembali kenangan lama.hi..semangat pula rasanya…

Hihi…kami ketawa..

Erm, lagu ini sudah lama saya kira, bila saya mula down, saya akan nyanyi lagu ini, sambil hati berselawat. Hati kecewa atau gundah atau mahu sedih, saya nyanyi lagu ini. Hihi, Lagu ini jer… lagu lain tak. Hiburkan hati….sket..

hiburan-itu-indah

Tetapi…

ingat!

Bila kita asyik dengan hiburan lagu itu, ini, dan asyik dengan perkara lain, jangan pula kita lupakan Maha Pencipta.. Jangan hanya di tikar sejadah jer kita ingatkan DIA. Seolah2 bila kita perlukan Dia, baru kita cari Dia,dan mahu ingat Dia.. Dan jangan pula kita mengutamakan lagu dari Allah..apa pun hiburan pertama dengan ingat pada Dia..

Dalam surah Ar Ra’du

“Barangsiapa mengingatiKu, maka hati2 akan menjadi tenang”…

Itulah kehebatan bila kita mengingati Allah, bukan susah pun…duk saja kita selawat, zikir…. Tengah drive sambil tengok kereta dan motor kiri kanan depan belakang,kita zikir… nak tidur pun kita zikir..biar tak tetap d bibir, tapi di hati sentiasa bersama Tuhan… Pahala pun dapat, kasih sayang dari Tuhan pun dapat, berkat dan rahmat juga lindunganNya pun dapat..ameen

Teringat saya pada satu hadis Qudsi ada menyatakan:-

“Wahai anak ADAM! Jika engkau ingat padaKu, Aku jua akan tetap ingat padamu, dan jika kau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu…….”

Jadi.memang wajarlah kita ingat pada Tuhan yang menciptakan kita, yang memberi nikmat kepada kita,yang memerhatikan kita, yang terus mengasihi kita, yang terus memberi rezeki kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai….

Jadi, sahabat2…tanamkan diri kita dengan hari2 tiap detik dan ketika kita bernyawa, dengan kita menmgingati Dia…Maha Pencipta kita… basahilah bibir kita dengan zikrullah, moga2 kita tidak lalai dengan keadaan duniawi..

Wallahua’alam.

Ana mutaasifah

Adibah amir

Advertisements

Comments»

1. Fuad - February 27, 2009

Haha. Siap nyanyi lagi tu. 😉

Kata orang, diakhirat nnti semua manusia berangan hidup didunia dia dulu Allah bagi ujian yang sangat2 teruk sehingga badannya di gunting halus2.

Selain fikirkan boleh, fikirkan senang skali (walaupon x berapa senang sebenornya)..

2. hidayahameyr - March 2, 2009

t, bukan ka ang suka nyanyi lagu ;
‘buai laju…buaiku laju….
‘aku nak kawen dgn anak raja’
ahaha…

3. hidayahameyr - March 2, 2009

t, blog best untuk dilayari….

http://khyrulhycal313.blogspot.com/

4. adibah - March 3, 2009

shhhh….kak nie laaa… tu lagu glamor zaman dalam pesta muda mudi dulu..ahaks..hehe.. sapalah anak raja suka kat dik nieeeeeee… ngeh3x..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: