jump to navigation

Wahai Saudariku.. February 23, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
trackback

ya sahabiyah…
Lembaran ini aku tuliskan dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya, hayati maknanya, aplikasikanlah ilmunya dan sematkanlah di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesanan ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang kuat. Insya-Allah…

ya ukhti…
Sesungguhnya kejadianmu sungguh unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkar bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali unutk mendekatinya.

29558065545629l

UKhti…
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dengan dalam dirimu, lebih-lebih dengan title gadis yang kau miliki, Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.

Namun ingatlah ukhti…
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting gadisku… engkau mesti punya, azam, usaha dan istiqamah…

ya ukhti fillahi…
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kamu tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahawa dirimu :
”Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelai selain fitnah yang berpunca daripada wanita”…
Oleh itu saudariku…
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu unutk kepentingan tertentu…

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan Ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunis dengan sentuhan lembut tanganmu.

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai di antara kamu tewas kerana cinta.

Bercinta tidak salah tapi memuja cinta itu salah. Kerana cinta, manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad sera keruntuhan akhlak remaja sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W :

”Sesungguhnya cinta itu buta”

Cinta mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil pabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak berlandaskan kepada agama Allah semata-mata.

Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampi membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati org yg melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama :

”Cintakan menusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itum gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri”

“ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWNANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA.

Wallahu A’lam… 😀

adib_zikri0912@yahoo.com

-adibah-

Advertisements

Comments»

1. qatrunnada - February 25, 2009

assalamualaikum…

salam ziarah…salam ukhwah satu akidah… salam perjuangan yg kian membara…!

syukran lawat blog ana lama dulu… ana terlupe nk reply… sekuntum mawar berduri adlh perumpamaan yg begitu sinonim dgn muslimat yg pejuang agama Allah… cantik dipandang tanpa sesiapapun mampu dekati…

selari dengan penjagaan ikhtilat yg mantap…

wallahualam…

2. Lex dePraxis - February 26, 2009

Hmmm, entri yang menarik dibaca. Terima kasih sudah berbagi cerita. Kalau mau bacaan lain tentang hal serupa, lirik artikel Mengapa Sulit Jatuh Cinta. Salam kenal, sahabat.

Lex dePraxis
Romantic Renaissance


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: