jump to navigation

Saat akhirnya… February 12, 2009

Posted by adieb in Tazkirah dan Perjuangan.
trackback

Wahai saudaraku!!

ketika kamu bersuka ria, ketika kamu menjalankan keramaian, ketika kamu berpesta, ketika kamu menjalankan kerja seharian, pasti akan ada tetamu ke rumahmu untuk melawat, menziarahi serta bertanya khabar kepadamu…

..akan tetapi…..

ada seorang tetamu ini yang datang ke rumahmu… tetamu yang tidak pernah kamu mengundangnya ke rumah… tetamu yang tidak pernah terlintas di akal fikiranmu akan kehadirannya kepadamu…..

kamu tidak menyukai tetamu ini malah kamu bencikan dia namun kamu gerun pula melihat mukanya kamu menghalaunya keluar dari rumahmu namun tidak pula dia berganjak dari tempatnya berdiri kamu mengunci pintu dan tingkap rumahmu ditambah pula kunci tambahan yang kamu rasakan tetamu kamu itu tidak dapat masuk ke dalam rumahmu namun kamu gagal menghalangnya untuk masuk ..

kamu lari ke utara, selatan, timur dan barat malah ke hujung dunia namun dia masih berdiri tegak di hadapanmu kamu bersembunyi di mana sahaja namun kamu tetap melihat dia akhirnya kamu mengalah kepadanya…

lalu…

kamu bertanya kepadanya, “siapakah gerangan dikau??” dengan muka bengis lagi menggerunkan tetamu ini menjawab, “aku tetamu kau yang terakhir!!!” engkau menghalauku pergi dari rumahmu, engkau menghalangku masuk ke rumahmu, engkau lari dariku ke mana sahaja yang engkau rasakan kau mampu lari, engkau sembunyi dirimu dariku ke tempat yang kau fikir mampu untuk kau sembunyi…. namun segala usahamu hanya sia-sia… kerana tiada apa di dunia yang fana ini dapat menghalauku pergi, tiada apa di dunia yang fana ini dapat menghalangku untuk bertemu makhluk Allah, tiada apa di dunia ini dapat lari dan bersembunyi dariku, kerana suatu masa nanti bila tiba masanya bila aku menyahut suruhan ilahi, mereka pasti akan bertemu denganku jua…. dan orang yang lari dariku adalah orang yang tidak beriman kepada Allah kerana mereka lalai di dunia ini dengan segala kejahatan dan maksiat mereka takut pada kematian sedangkan mati itu pasti akan menemui mereka sedangkan orang yang beriman kepada Allah tidak akan lari dariku malah mereka rela dan redha di atas kedatanganku, kerana mereka sudah bersedia dengan amalan mereka di alam barzakh dan alam akhirat…..

dan pada waktu ini sudah tiba giliranmu untuk aku menjadi tetamu kau yang terakhir, aku datang menziarahimu aku menjemputmu dan aku membawamu menemui penciptamu………”

kerana inilah tugasku sebagai tetamu yang terakhir, datang menziarahi kamu dan membawa kamu pergi dari jasadmu….

” INGATLAH WAHAI SAUDARAKU!!!!!! SUATU MASA NANTI YANG KAMU TIDAK KETAHUI WAKTUNYA, TETAMU TERAKHIR INI PULA AKAN MENZIARAHI KAMU, TIADA APA YANG DAPAT MENGHALANG KEDATANGANNYA OLEH ITU BERSEDIALAH KAMU UNTUK MENERIMA TETAMU KAMU YANG TERAKHIR INI…………………………

Advertisements

Comments»

1. neronite - February 12, 2009

huuuuu….time kasih kerana tlg mengingatkan hamba…owhh..blom cukup bekalan kalo tetamu tu dtg…haishh

2. Fuad - February 17, 2009

Ramai orang yang tahu.. dan ramai yang percaya.. tapi ramai kah yang berbuat sesuatu dengan apa yang dia tahu?

Tergolongkah kita dalam yang ramai itu?

Nota tak berkait: Mekasih sudi letak link kat blog ni. Appreciate that. 🙂

3. adib - February 17, 2009

Bagi yang beringat2…berpesanlah pada diri…berpesanlah kepada sahabat2…kerana apa?? “MATI ITU SATU KEPASTIAN”

Dlm surah Al Asr…”Berpesan2lah dengan kebenaran dan berpesan2lah dengan kesabaran”…

wallahua’alam

p/s: sama2….maaf andainya tidak dapat permission dulu dr empunya diri…

jazakallah.. 🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: