jump to navigation

Pasangan kita?? February 3, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
Tags:
trackback

“salam ya ukht dib,kef hal?maaf menganggu,sebenarnya ana mahu menjemput enti datang ke walimah ana pada ..bla..bla..bla,di kediaman bla..bla..moga enti dapat hadir”,from ukhti…11.00am on… reply “ana bilkhoir,wa enti?,insyaAllah…😉“,send to ukhti…<lain2 permesejan tidak tertulis pula>

Sebetulnya,saya mempunyai kerja yang banyak,serupa tiada masa,tapi bila memikirkan ini harus hadir  insyaAllah,saya akan usaha datang ke walimahnya. Wah!sem ini saja rata2 sahabat2 saya mahu berumah tangga,agaknya..“bila pula turn saya,hihi“,bicara hati ini..😉 ..mengada2 saja saya ini,belajar pun belum tamat,kerja pun blum dapat,diri sendiri pun blum cukup matang ke alam itu,diri pun tidak ter’urus lagi,bagaimana harus mengurus keluarga sendiri nanti..sabarlah,sampai masa oklaaaa…he ;-D

Agaknya,bagaimana pasangan saya nanti?hihi,kata mak carilah yang beragama,ustaz ka..padan2 dgn kita udahlah,yang pastinya mahu pekerjaan tetap..akhlak mahu bagus..emm,berfikir pula pada satu hadis Rasulullah saw, mengenai perihal mencari pasangan yang akan dinikahi,kebanyakkan rata2 dari golongan kita,lebih suka mengutamakan paras rupa ,kekayaan dan keturunan dari agama..betulkah itu?bagaimana dgn agamanya?ya memang betul ilmu boleh dicari dan tambah,tapi jika pada asasnya tidak mempunyai apa2 bagaimana ya?emm,berbalik pada hadith,kenapa agaknya Rasulullah saw menyatakan…”hendaklah diutamakan kerana agamanya,nescaya berbahagialah kamu”, ..apa???…kiranya kita memilih pasangan dengan tidak keturunan nya,kekayaan dan kecantikkannya tidak berbahagiakan kita???

Rasulullah saw pernah bersabda “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat:kerana keturunannya,kecantikkannya,hartanya dan agamanya.Maka hendaklah diutamakan yang beragama,nescaya kamu akan berbahagia”.(H.R Muslim dan Bukhari)

Ada empat ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh lelaki.Melihat pada hadith ini,terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita.Apakah kaum hawa tidak berhak membuat pilihan yang sama?Sedangkan al Quran meletakkan kedudukan wanita dan lelaki adalah sama,kecuali aras mental dan fizikal yang berbeda.

Timbul persoalan lain pula,apakah wanita tidak mempunyai hak untuk membuat pilihan pasangan mereka berdasarkan ke empat2 ciri tersebut?Semestinya,mereka berhak membuat pilihan jodoh mereka juga punya jiwa,perasaan,keinginan dan citarasa yang sama seperti lelaki.

Dengan lebih detail:-

Berharta:-

Menikahi wanita kerana harta, jika tidak ditafsirkan dgn betul,org akan menganggap bahawa lelaki yang miskin digalakkan menikahi wanita hartawan<Ini menyebabkan lelaki mewarisi sifat pengikir harta!>Demikian sebaliknya,perempuan yang menikahi lelaki kerana harta,disifatkan sebagai materialistik pula.

Sementara itu,bukankah janda2,balu2 miskin yg tdk terbela digalakkan dinikahi utk membela nasib mereka?Maka disini sudah ada pencanggahan tafsiran. Jadi,apakah tafsiran yg palin sesuai ke atas haduth tersebut?ketika menggalakkan lelaki memilih wanita kerana harta?Atau,apakah agaknya tafsiran yang sesuai berhubung dgn anjuran wanita menikahi lelaki kerana harta?

Jawapannya; Lelaki dan wanita perlu mencari psangan yang tahu mengendalikan harta,membina harta kekayaan dan bukan hanya semata2 berharta sebelum alam rumahtangga.

Keturunannya:-

Adapun keturunan ini, bukan diperhitungkan dari segi bangsawan, kenamaan, kedudukan tetapi berdasarkan keturunan seseorang yang tidak bercampur dgn penzinaan.

Apa pula ertinya,memilih lelaki dan wanita dari keturunan bangsawaan,atau kedudukan tetapi mengalir di dalam tubuhnya seorang penzina…timbul pula pertanyaan adakah lelaki dan wanita itu berzina tapi sudah bertaubat?Maka mereka boleh dinikahi?Oleh itu,dalam hal ini,sekiranya benar2 terdapat kesan2 bertaubat,dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita itu terus zina,maka boleh dinikahnya.

Kecantikkan:-

Seseorg wanita yang krg cantik,mgkin cntik pada lelaki dan seseorg lelaki yang krg hensem,mgkin hensem pd wanita.

Apabila umur semakin meningkat,usia kian senja,kecantikkan dan ke’henseman akan pudar..betul?Tidak ada manusia yang semakin tua semakin muda.

Sebetulnya!kecantikkan dan ke’henseman adalah perkara subjektif…betul?

Manusia ini tidak terlepas dari naluri yang mahu kepada kecantikkan dan ke’henseman,ini tidak sama sekali menyalahi manusia.

Tetapi melihat sesorg dgn kecantikkan akhlak,tutur bicara,dan kesopanan,itu adalah lebih baik,dan merupakan daya penarik yang dapat menggeratkan lagi  hubungan pasangan.

Agamanya:-

Apa pun,nilai agama itu lebih penting dan terutama dalam memilih pasangan.tanpa agama, keluarga yang dibina hilang pedoman!

Agama disini,bukan hanya memandang pada ketinggian ilmu usuluddin,wahyu,tasawur mahupun feqah di institusi pengajian tinggi,tetapi,agama ini adalah memadailah dilihat dari aspek mawar dan sang kumbang menjaga dan mengelakkan diri mereka dari kemungkaran serta jenayah.

Mereka yang terjebak dgn dosa2 kecil tidaklah boleh dianggap tdk beragama.

Sesungguhnya,manusia ini tdk terlepas dari salah dan silap.Memadailah kita beranggapan sesorg yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubat..

p/s:- “wahai manusia bertaubatlah dan pohonlah ampun kpd Allah dan sesungguhnya aku (nabi) bertaubat 100 kali dlm sehari” (H.Bukhari)…renung2kanlah… 😉

Wallahua’alam

adib_zikri0912@yahoo.com


Advertisements

Comments»

1. hidayahameyr - February 12, 2009

ct adibah,

awat ayah kita makin berumuq makin ensem… Ensem lagi pada time muda dulu.. Tak pudar la,makin menyerlah… Mak pun sama… eemmm…..

2. adib - February 13, 2009

yup2…betul..betul..betul.. 😀

3. hidayahameyr - February 15, 2009

ini budAK sangat malish…=)

4. muharrikdaie - May 2, 2009

skrg … nak cari yang ideal agak terhad. Nak pilih yang biasa pulak takut tak tertunai cita cita nak bina baitul dakwah … sebolh bolehnya janganlah desperate sangat nak kawin sbb jodoh ni ketentuan Allah. Paling penting bagaimana kita memelihara saksiyah sebagai seorang daiyah atau seorang muslimah … biar kita memilih sikit sebab perkahwinan ini bukan setakat dalam bilik dan atas bumi ni saja tapi proses keakhirat …Untuk itu banyak berdoa. sesungguhnya perempuan yang baik itu pasti mendapat lelaki yang baik … Itu janji Allah.

Senyum2 selalu jangan senyum sendiri.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: