jump to navigation

pelajar tahun 5 June 11, 2008

Posted by adieb in Uncategorized.
Tags:
trackback

Pagi tadi seusai bergambar bersama guru2 SKPT, saya terus ke bilik guru, membincangkan beberapa pekara mengenai majlis persaraan ayahanda Tn Haji Amir Hamzah b Hashim. Bersyukur seorang guru lelaki itu kerana dapat berurusan dengan saya, apa2 saja gapaian maklumat mengenai ayahanda,mereka pasti merujuk pada saya.Ini semua untuk hari persaraan ayahanda.Saya pula suka membantu mereka, mugkin bantuan saya tidak sebeberapa asalkan dapat memudahkan mereka..Alhamdulillah. 😉

Tepat pukul 1145 pagi,saya di jemput untuk memotivasikan pelajar tahun 5.Satu jam terakhir slot saya.Cukup  untuk kata2 dan nasihat yang padat dan bermakna. Melihat telatah mereka,sungguh melucukan..khusyuk betul dan ceria wajah mereka dengan ocehan semangat saya. Budak2 rendahan ini, mudah di bentuk,hati mereka masih lembut, jiwa mereka mudah tersentuh, mereka memerlukan pembimbing. Berbeda pula dengan menengahan, masing2 tahu memikir, bila dah masuk alam remaja,apa yang dinasihati serupa endah tidak endah pula. Pada fikiran ini, mendidik anak2 rendahan itu lebih seronok.

Motivasi yang saya berikan,tiada had tanpa panduan..bebas..bila bebas ini, apa yang perlu dicakap kita cakap tetapi janganlah sampai terkeluar dari apa yang kita nak katakan, cara motivasi pula ikut pada level pemikiran budak2..tapi bukan mentality university. Pandai2lah arrange..hihi. Hati mula terhibur dengan komunikasi dua hala ini. Yang nak tidur,serupa tidak mahu tidur.masing2 memasang telinga penuh minat.

Cukup satu jam, motivasi tamat. Pelajar tahun 5 ramai2 datang kepada saya, tidak mahu lepas peluang untuk bersalam2an dan mencium tangan ini.Terharu saja. Masing2 inginkan biodata saya,kata mereka saya ini sporting,mesra dan senang didekati. Mungkin begitu sikap saya, betul, saya suka menghiburkan hati budak2 dan orang tua.Bila mereka gembira,saya jadi senang..hati pula tersenyum girang. ;-P

Melirih pada jam pena peribadi ini, ada beberapa minit lagi untuk habis, bunyi loceng tamat persekolahan. Nampaknya,saya mahu bersiap2, kerana selepas ini ada kerja lain pula.Sambil2 itu, tunggu ayah habis men’yembang dengan guru besar. Kalau pagi tadi ayah drive, balik ini,saya pula  jadi drebarnya..hihi..mahu tutup pena,mahu kemas fail2..n pulang dengan damai..

Hati menguntum senyuman..🙂

 

 

 

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: