jump to navigation

selamat hari guru.. May 22, 2008

Posted by adieb in Uncategorized.
Tags:
trackback

Sejak balik itu,serupa tiada masa untuk meninjau wadah bicara,sibuk agaknya.Lama…. rindu mahu bercoretan di sini akhirnya ter’capai jua.Melihat kenakalan anak2 rendah di pagi hari,tersenyum sendirian..teringat zaman sekolah rendah pula..kelakar…semuanya telah kita lalui waktu sekolah dahulu.

Nyaman dinihari ini,tika burung2 ceria berterbangan,pokok2 segar menghirup carbon dioxidenya,di sekolah ini budak2 pula sibuk meluruskan barisan…rupa2nya….perhimpunan sempena hari guru SKPT. Khabarnya… SKPT sambut hari guru lewat,sepatutnya 16/5/2008 tapi diganti pula pada 22/5/2008,kononya akan terus bersambungan dengan cuti sekolah.Alhamdulillah….semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu semula,amin ya Rabb..

Hari ini sungguh meriah..seronok pula melihat suasana sambutan hari guru itu. Dulu masa sekolah,tika dididik mesti tak miss beri hadiah pada guru. Tapi,bila sudah menjadi pendidik org yang dididik pula tidak putus2 memberi hadiah kepada kita..Emmm,syukur alhamdulillah.Cikgu tidak pinta kalian membalas,sungguh!cikgu halalkan segala ilmu,tugas cikgu hanya mengajar dan mendidik kamu menjadi insan yang berguna…itulah kata2 seorang pendidik kepada anak2 didiknya..

Sempena hari guru, saya suka mengucap SELAMAT HARI GURU pada mak ayah. Bagi saya,mereka adalah pendidik saya selain sahabat,dan teman setia .Mereka mengajar dan mendidik saya bermacam2 seribu satu perkara,pengorbanan mereka tidak dapat dibalas,ilmu yang dicurahkan pada anak2 tidak dapat dihitung.Mereka mendidik,mengajar anak2 dengan penuh tabah dan sabar.Alhamdulillah..mak ayah tak pernah terlepas mengajar anak2 erti kehidupan ini.. Semoga Allah merahmati mak ayah,amin.

Hari guru juga tidak lepaskan saya dari mengingati pada guru2 di AL-Basyir,SKTARP,SMKDSA,matrix Kedah dan<tidak tertulis pula>.Mengenangkan penat getir guru sabar mendidik anak bangsa, sungguh terharu rasanya. Kini, anak didikmu sudah dewasa,berjaya ke menara gading,ingatan ini masih kuat terpaut pada jasa guru2 samada yang ada mahupun sudah pergi…

Guruku,

Di sini aku ingin titipkan sekalung penghargaan

Di atas segunung jasa dan pengorbananmu

Dalam mendidik kami..

Guruku…

Tiada harta yang bernilai mampuku balasi

Hanya ukiran madah yang mampu kuhadiahkan

Hanya kalam doa yang mampu ku tadahkan

Bait azimat ini….semoga Allah membalas budimu

Semoga Allah merahmatimu

Semoga Allah melindungimu…

Dan…semoga Allah memberkati hidupmu…

Guruku

Kau halalkanlah segala ilmu yang dicurahkan

Maafkan juga segala khilaf anak didikmu ini…

Doakanlah agar kami menjadi…

Manusia yang…

Berguna,

Diredhai…

Berjaya…

Di dunia dan nun di akhirat sana..

Terima kasih guru2ku..

terima kasih tidak terhingga….

Kalungan doaku ini senantiasa bersamamu…

Tidak lupa juga kepada ayahanda…selamat hari guru…doakan anakanda berjaya dunia akhirat dan diberkati Allah selalu..Terima kasih didikan ayah….terima kasih kesabaran mu…terima kasih juga kasih sayang..kaulah bapa,kaulah sahabat dan kaulah pendidikku…Allahu yubarik fik,ameen..

Nabi Muhammad s.a.w bersabda.. “Andainya ditimbang para guru dengan para syuhada’, maka paling banyak timbangan pahalanya adalah guru”

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: