jump to navigation

persahabatan itu.. May 9, 2008

Posted by adieb in Uncategorized.
Tags:
trackback

Titisan embunan pagi menggigit epidermisku,entah mengapa pagi ini sentimental saja.Melihat pasangan burung terbang bebas di ruangan jendela.Sunyi pula rasa,mungkin ada sahabat2 yang tika ini berada di kampung halaman.Melirih pada wadah bicara.Ocehan sementar dengan pena ini.Merenung kembali pasangan burung…tak jemu2 ke sana sini erat seiring bermesra.Memandang wajah langit,cuaca yang baik hari ini..nun di sana, ada sekumpulan burung,bertemu …lalu laju melintang sayap dan akhirnya..pisah …

Sungguh! Setiap awwalan ada akhiran. Semalam,baru saja bercerita2 pasal sahabat sahabiah tahun akhir,hati mahu menangis.Persahabatan yang masih berbau2 segar,kini masing2 mahu pergi..pergi menabur bakti.Benar! Masa itu mencemburui kemesraan ini…<ya Allah,cepatnya waktu>..

Jiwa tertanya bilakah sahabat kan ketemu lagi?ingatkah sahabat pada kami?bagaimana kehidupan sahabat nanti? adakah masih pada naungan yang sama atau haluan lain2?Didoakan,moga2 masih lagi pada paksi yang sama walaupun badai menghempas penghujung nafas. Sem ini ramai juga sahabat2 yang akan praktikum…mahu masuk ke alam baru rupanya.Tambah2 lagi,sem depan..lagilah ramai…tidak terbilang pula kiraannya.Inilah fitrah kehidupan,barangkali.Setiap titik pertemuan akan ada noktah perpisahan. Sama ada perpisahan itu sekejap atau lama. Ia adalah perpisahan..

Teringat!Detik2 manis bersama sahabat.susah senang,nangis ketawa…makan minum bersama..gerak kerja sekali..memang indah..sukar untuk dilupa..manis sungguh ukhwah kita tika itu.Kenangan kita bersama…susah untuk kembali semula dek waktu yang menelan..maka hargailah kenangan ini sebaik2nya..

Persahabatan itu sebenarnya tanpa code harga,tak termampu untuk membayar.Nilainya terlalu mahal. Nilai persahabatan pula diukur dengan kejujuran,bukan kebendaan. Maka bersyukurlah.Dalam persahabatn ini,sememangnya sarat dengan kasih sayang,percaya,belas kasihan, simpati, pengorbanan, kesetiaan… dan.. banyak…susah di rungkai,payah pula untuk di senarai.

Ukhwah yang dibina atas landasan Allah dan Rasul,memprodukkan persahabatan yang kualiti,yang sebenar2 tiada tandingannya..Sahabat ini, sebetulnya sentiasa berada pada longitude dan latitude yg sama meskipun koordinatnya menaik atau menurun,mahupun sudutnya  90 darjah,180 darjah atau 360 darjah..tetap bersama.

Sahabat tidak sampai hati untuk melihat sahabatnya dalam susah. Sekurang-kurangnya setiap persahabatan terselit senyuman jua kegembiraan.<menghiburkan hati> Hadith..“sesiapa yang menjauhkan saudaranya daripada kesusahan didunia maka Allah akan jauhkan dia daripada kesusahan diakhirat dan barangsiapa yang menjaga rahsia saudaranya maka Allah kan menjaga rahsianya diakhirat.”

Mendoakan kebaikan sahabat itu adalah terbaik walaupun ada kalanya kita tidak mampu untuk mengembirakan hati mereka.  Jadi berdoa la selalu,kerana orang yang berdoa akan didengari,didoai dan di amin oleh para malaikat.<hadith>

Sahabat akan sentiasa mahu melihat sahabatnya ceria dan gembira. Pabila ujian melanda, tika sahabat dalam dilema, dihurungi kemasaalahan, tanpa diduga sahabat akan turut merasa kesedihan itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia turut sedih. Dia tidak tahu kenapa mesti terharu.Kenapa begitu? Ya.. Itulah dia manisnya ukhwah persahabatan.. susah untuk di rungkai,tak boleh nak diterbitkan satu demi satu seperti masalah fizik, bukan pula masalah math yang perlu differentiate mahupun integral…hebatkan persahabatan itu??..yang Allah anugerahkan tanpa jual beli..<ya Allah..kuatkanlah ukhwah kami,sungguh..kami menyayangi ukhwah ini..>

saat berkumpul bersama sahabat detik terindah

memaut hati2 berkasih kerana Allah

mengadu bersama

tiap perit perjuangan

akan sntiasa manis dgn hadirnya ukhwah fillah

saling menguatkan

berpesan kpd kebenaran dan kesabaran

dalam merebut redhoNya

insyaAllah

moga ukhwah mmbawa ke JANNAH…

salam kasih tautan hati…salam perjuangan seterik mentari..salam rindu sekuntum mawar abadi…untukmu sahabat sejati..;P

<Kembali melihat ruangan jendela…lalu senyum pada ‘alam’…hati membisik kalimah taibiahNy>

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Comments»

1. suffy - May 10, 2008

ukhwah itu di hati,
walau berjauhan pasti ia menemani,
setiap yang manis mampu dikenangi,
walau tiada di mata kini,
kerana asasnya,
ia kekal di dasar hati…..

“ukhwah fillah abadan abada”

2. Monolingual - June 19, 2008

Somehow i missed the point. Probably lost in translation 🙂 Anyway … nice blog to visit.

cheers, Monolingual!

3. adieb - June 22, 2008

Thank you…n nice to meet u.. 🙂

4. adieb - June 22, 2008

😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: