jump to navigation

selamat hari lahir mak… May 1, 2008

Posted by adieb in Uncategorized.
Tags:
trackback

Hari ini birthday mak..macam2 perasaan yang datang..mahu saja mata hati ini gembira,mahu jua menangis,mahu mendakapinya,terasa ingin menciumnya juga..mak sihat ,alhamdulillah <call tadi>...seperti  biasa tiada apa hadiah untuk mak,hanya doa,dan solat hajat saja. <semoga Allah memanjangkan umur mak..amin>

Mak sangat baik..tabah mendidik dan jaga anak2.Mak tidak keja.Dulu,sewaktu hingusan,masih lagi di bawah ketiak mak,bila ayah ada program qiamullail di sekolah,saya selalu teman mak malam2,kadang2  ada  sampi bergaduh juga dengan ukhti itu,ye lah nak tidur dengan mak..selalu saja saya menang..<hihi,anak bongsu katakan> 

Tetapi bila berjauhan  dengan keluarga sewaktu  di matrik,memang homesick tika itu,seminggu dua juga menangis ingatkan mak..bila call,mak pujuk..emm,lega sekejap lepas itu kembali sambung menangis pula.sekarang ini,dah memang berjauhan sangat,nak balik pun tidak berkesempatan,hanya ber’call saja,kata mak,itu baru dalam Malaysia,tidak lagi ke Mesir..hihi…

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

 Bila dengar lagu ini,memang mahu menangis saja..terasa lagi pelukan erat mak,tika sekolah dulu,ciuman kasih mak pada anak2nya..emm,waktu mak sakit dulu,saya jaga mak,hati saya memang susah.sekarang mak sihat,dan makin tembun pula jadinya..alhamdulillah,Allah ada untuk jaga mak. Mak rajin juga call saya,tanyakan kesihatan saya,saya pula selalu sakit2..mak lah yang jadi doktor peribadi saya,tidak jemu-jemu  menasihati saya..jaga kesihatan,makan ubat selalu,macam2  juga ubat yang mak belikan.Ini semua untuk anaknya..sayang mak sangat2.<jaga dengan bersungguh!>

Teringat!masa birthday mak ini,ayah selalu bawa mak berjalan2,seronok waktu itu..apa yang mak nak,ayah belikan <hihi,indah pula rasanya>. Jika tidak berjalan2,kami ramai2 memasak..<sebenarnya mak yang masak,kami tolong2 saja>..emm,selalunya,bila kami mahu makan mee kari,mak yang akan masakan…memang sedap mee kari mak itu,<terliur pula>

Mak hebat,saya dapat merasai kesusahan perit getir mak tika dia membesarkan kami  beradik.pernah!saya menangis,waktu saya mengasuh dan menjaga anak akhi yang seorang itu,saya bayang bagaimana mak setabah ini membesarkan anak2nya. Mak memang hebat!dan sungguh hebat!terima kasih melahirkan,membesar dan mendidik  saya waktu kecil ,terima kasih setiap titisan susu tika saya dahaga,terima kasih juga jari jemari membelai saya bila merengek  mahu lena,mendakapi saya  tatkala  menangis,setia bersama jika saya susah, terima kasih pada kasih sayang mak untuk saya…

Kata akhi kedua saya,semasa mak kita hidup ini lah kita kena berbakti pada mak sungguh2, susah bagaimana sekalipun,peruntukkan sedikit waktu untuk bersama mak,walau berjauhan  jarak kita,call juga  bertanyakan khabar, jangan sesekali menguriskan hati mak,hati seorang ibu sangat sensitive,kita sebagai anak kena bijak menawan hati mak..akhi kata,jaga mak kita dengan baik. kita hanya ada seorang mak,andainya Allah mengambil dia,tiada pengganti yang terbaik sesudah dia….emm,,<mahu menangis saja>…saya mohon maaf ,seandainya ter’kasar bahasa pada mak, sekiranya ada terguris hati mak,jika ada kurang berbakti  serta banyak menyusahkan mak,andai tidak endah kata2 mak…saya sayang mak sangat2,halalkan makan minum saya,halalkan juga titisan susu.. saya senantiasa mendoakan mak,semoga Allah melindungi mak,selalu….amin

Hak ibumu adalah hendaknya engkau tahu bahwa dia telah,
mengandungmu tatkala tiada seorang pun sanggup melakukan seumpamanya terhadapmu,
memberimu makan dari buah hatinya ketika tiada seorang pun siap untuk melakukan hal itu,
dan melindungimu dengan keseluruhan anggota badannya.
Dia rela engkau kenyang meskipun dia sendiri kelaparan,
engkau berpakaian meskipun dia sendiri bertelanjang,
engkau tidak kehausan meskipun dia sendiri menahan dahaga,
dan engkau dinaungi meskipun dia sendiri kepanasan,
menidurkanmu meskipun dia harus berjaga sepanjang malam,
melindungimu dari kepanasan dan kedinginan,
kesemua ini dilakukan sedemikian rupa laksana kau adalah segala-gala baginya,
Dengan yang demikian, bersyukurlah kepadanya atas semua itu,
dan sesungguhnya engkau tidak akan mampu membalasnya kecuali dengan pertolongan dan taufik dari Allah”.

(Imam Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali Abi Talib)

 

Rasulullah s.a.w bersabda:-

selepas Allah dan Rasul,orang yang pertama yang perlu dikasihi adalah ibu, kedua ibu, ketiga ibu dan keempat barulah bapa.

 

 

 

Advertisements

Comments»

1. nik@arsenik - May 3, 2008

memang sedih dan pilu tika berjauhan dgn ibu tersayang
tambahan pula tidak dapat meraikan hari lahir mak
boleh mengalir air mata mengenagkan mereka
inilah rindu seorang anak terhadap ibunya
tp pernah tak kite pikir rindunya seorang ibu terhadap anknya
rindu untuk melihat anak2nya berjaya
rindu untk melihat anak2menjadi seorang manusia berguna
jd berusahalah untuk membuat sesuatu yang terbaik
untuk membuatkan hati ibu kita gembira
hanya ini yang kita mampu lakukan untuk mambalas jasa2 mereka

2. adieb - May 3, 2008

salam layar kasih buat nik@arsenik…mmg sedih mgenangkan itu..mak kita byk susah pyh krna anak2nya,tapi?adakah anak mmpu utk brsush pyh krn seorg mak?payah utk anak bls jasa mak ayah mlainkan berkat doa dan kejayaan utk mrk..itupun blm tntu terbalas yang mengendong,mengasuh dan mnjaga kita stiap dtik dan saat… ya Allah…smoga kita dapat jd ank yang sntisa gmbirakn hati mak ayah..amin


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: