jump to navigation

ku teruja pd bait-baitnya.. April 26, 2008

Posted by adieb in Uncategorized.
Tags:
trackback

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,
Nescaya cinta allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,
kita akan turut mencintai
orang yang melabuhkan cintanya kepada allah
juga.

Ya allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan
oleh-mu kepadaku,
maka campakkanlah dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-mu,
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan
oleh-mu kepadaku,
berikanlah ku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku.

¨ ya allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-
mu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-
mu.

¨ ya muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-mu.

¨ ya rabbana,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada-mu.

¨ ya rabbul izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid di jalan-mu.

¨ ya allah,jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurga-mu.

¨ ya allah, jika aku menikmati cinta kekasih-
mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-
mu

¨ ya allah,jika aku jatuh hati pada kekasih-
mu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia
kepada-mu.

¨ ya allah,jika kau halalkan aku merindui kekasih-
mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepada-mu.

 

Advertisements

Comments»

1. mujahideenl - April 30, 2008

mudah2an Allah kabulkan permintaan anti. Bila engkau memandang sglnya dr Tuhanmu, yg menimpakan ujian, yg mnjadikan ujian, yg mnjadikan sakit hatimu, yg membuatkn keinginanmu trhalang, srta menyusahkan hidupmu, pasti akn damailah hatimu krn masakan ALLAH sgaja mntqdirkan sgalanya utk sesuatu yg sia2, bkn ALLAH tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tp mgkn itu lah yg DIA mahu krn DIA tahu hati yg sebeginilah yg selalunya lebih lunak dan mudah utk dekat dan akrab dgnNYA…..

2. adieb - April 30, 2008

amin….cinta manusia hanya sementara,tetapi cinta Allah cinta kekal ,yang suci lagi hakiki….masakkan kita tidak mahu merebut cinta Ilahi….semoga hati2 kita sentiasa mencintai Allah dan rasul dan moga Allah melabuhkan cinta dan rindunya pada kita,amin….
“biarlah jasad bersama manusia tetapi hati pada ALLAH”
sama2lah kita meletakkan cinta Allah pd yang pertama….pertama buat selama2nya….

3. suffy - May 9, 2008

biar sendiri hingga hujung nyawa,
asal tak sepi dari kasih-NYA
kerana sesungguhnya hakikat cinta
hanya DIA YANG ESA….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: