jump to navigation

Perpindahan.. September 11, 2009

Posted by adieb in 329152.
add a comment

Assalamualaikum..
kepada pengunjung,pembaca dan sahabat sahabiyah..

Wadah bicara pada laman ini telah berpindah ke website http://www.adibahamir.com
pada 11 september 2009, Jumaat.

Semoga terus mendapat manfaat daripadanya.

wassalam

mohon kemaafan..

Ramadhan oh Ramadhan September 2, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Nota Pada Diri.
add a comment

DSC01727

…ku ‘mencuri’ bersama bulan ramadhan

Ramadhan oh ramadhan..

Ramadhan mulia… penuh barakah..

Tertutupnya daunan pintu neraka,

Dibelenggu syaitan2

Jendela syurga dan taubat terdampar luas

Ayuh sama- sama  kecapi mardhotillah…


Ramdhan 0h ramadhan..

Di siang hari berpuasa dan di malam hari beribadah..

Untukmu rahmat dan maghfirah,

Linangan jernihan air mata taubat

Dendangan alunan taddarus bersama

Ramadhan oh ramadhan..

Di dalamnya penuh sabar, di dalamnya penuh sinar

Di dalamnya juga ada Lailatul qadar,

Kubuka lebar-lebar

Hati dan jiwa

Agar para malaikat

Berkenan untuk menyapa

Dalam hari2 qiamullailku

Di malam ke dua puluh tujuh….

Ya Allahhu ya Allah

Ku mohon keberkatan dalam sujudku

Ku mohon ampunanMu dalam doaku

Ya Rahman…ya Rahim…

Ya Malikul Qudus…

Ya Kabir… ya Ghofur…

Takkan kuhentikan

Tuk terus sebut asma-Mu


Ramadhan oh Ramadhan..

Bulan mulia penuh barakah…

Takkan ku lupakan mu..

Meniti hari2 terakhir…

Akan ku semat dalam sanubariku..

p/s: jangan kita meninggalkan ramadhan… Doa orang berpuasa mudah termakbul…jadi, di bulan berkat nie,penuhkan masa detik nan ketika untuk kita beribadah dan berdoa pada Allah….Berdoalah dengan kesungguhan dan pengharapan yang tinggi padaNya,berdoalah dengan rendah diri…

“sesungguhnya Tuhan kamu yg Maha Suci Lagi Maha tinggi itu sangat Pemalu lagi Mulia, Dia malu terhadap hambanya yg mengangkat tangan berdoa,tiba2 tidak diberikanNya permintaan itu….”-hadith-

Sabarlah.. August 24, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Nota Pada Diri.
add a comment

23 August 2009,

Hari Sabtu baru – baru ini, tanpa dirancang,saya mengajak kak mila, dan adik afifah menziarahi sahabat baik di Hoapital Teluk Intan. Tepat pkul 12, setelah semua selesai berurusan hal – hal kolej, mengambil dan menghantar barang ke rumah ‘Z’ kami, terus bergegas ke Teluk Intan. Perjalanan kami mengambil masa dua jam setengah, Viva Silver yang di pandu oleh kak mila, 80km/h… Sebelum perjalanan ini, ada muslimin mahu ikut…shah dan pokwe, tetapi terbatas, kerana saya memerlukan hanya muslimah.Tidak kepada muslimin.Harap Maaf!.

Perjalanan kami dari Tanjung Malim ke behrang terus menuju ke Slim River, ke Sungkai,exit Bidor dan akhirnya temui Teluk Intan. Mahu patah pinggang kakmila gini…huhu,kami semua dah lena………..Oh ya, yang pergi tu, saya,kak mila as driver, dikpah, pika dan kak izzah..Akan meninggalkan kak izzah dan pika di sana untuk menjaga aisyah.

Sampai di sana, dengan mengenakan topeng muka, berjaga2 dengan wabak H1N1…..virus… melilau mencari wad 1B..

Yes! Akhirnya ketemu juga pesakit,aisyah.

Melihat keadaan aisyah, memang so bad laa… lutut retak tapi bandagenya punyalah besar.. Sempat juga saya menulis nama pada bandage kakinya..bahunya patah dan luka2 besar di lengannya..Allahuakhbar!

Image(455)

 

Image(458)

mencari part best untuk tulis nama..tapak kaki.. ;D

Kasihan aisyah. 

Kelihatan aisyah lesu dan letih, penat menahan sakit…mengalir air mata melihat kami sampai. Berbicara dengannya sementar lalu pinta untuknya rehat sejenak..Nakal betulnya saya, saja bertemuramah dengan pesakit…ada yang tergigit monyet, ada yang patah tangan akibat naik motor…terjatuh…Rata2 pesakit wad ini alami kemalangan. Semoga semuanya sembuh saya doakan.

Pika mengusik….. “tengok tue, doctor adib, bersama pesakit2…Diorang nak rehat dia pi kacau..”

Kata saya, “pika….. nanti ana kan nak jadi calon….kenalah turun bersama rakyat. Enti kena support la ana. Penyokong”…ketawa besar kami..hihi, suka benar pesakit2 kat wad tue melihat telatah kami, ada yang senyum2..

Apa yang membuatkan hati tersentuh di wad ini….seorang nenek, jiran sebelah katil aisyah..

Sebatang kara, tiada anak, tiada suami…sesorang saja.
Sayu melihatnya, lalu saya pergi menziarah nenek. Pada mulanya nenek senyum, saya membalas…. Khabarnya nenek excident,patah kaki, dan bibirnya berjahit. Aduh sakit, getus hati saya. Nenek zainab berusia 70an itu, tenang melihat saya. Lalu saya usap tangan, sejuk, dan berurat2 tua. Nenek…..kata syaa..Nenek tetiba menangis,air mata mengalir. Cucu doakan nenek yer, nenek tiada sapa2 hanya ada Allah, Allah yang satu. Nenek rasa tubuh nenek tidak sedap, nenek lemah. Saya terus mengusap2 tangan nenek, saya minta nenek sabar dan tenang, ini ujian Allah, nenek ingat Allah banyak2, nenek seorang tabah dan nenek mesti kena tabah. Tak lama nenek akan sihat,saya doakan nenek sihat. Nenek kata dia mahu beribadah kuat2 pada Allah, tidak putus2 minta saya mendoakan nenek..Tersentuh juga hati kecil saya.

Time nak balik tu, pkul 4.30ptg, sebelum balik meninggalkan sahabat si aisyah, saya sempat menjengah sebentar di katil nenek, melihatnya, dia memanggil nama saya…saya terus usap2 tangan dan cium dahinya, saya minta nenek kuatkan diri, makan banyak2 dan ingat Allah banyak2. Mulut nenek tidak henti2 menyebut Allah…sayu benar hati ini…sedih…
Sabar ye nenek…Allah Maha Hebat,akan menyembuhkan nenek..
Oh!…

sempat lagi

Usikan sahabat….dib,enti sesuai lah jadi doctor! Aduh, kenapa pula antunna ni..Hajat nak jadi doctor tapi terkandas…jadi cikgu pun cukup bersyukur…al-muallimah.
Keluar wad itu, masih lagi hati mendoakan nenek…wajah nenek yang berkerut menahan sakit, masih lagi terbayang di mata…
Adib! Dib drive yer…kak mila penat laaaa

Waduh! Terkezzzut saya,terhenti lamunan pada nenek,mencapai kunci Viva Silver.melihat kak mila dengan inhaler…. Lelah pula dia..hihi,tak per saya drive…
Pecutan 100 – 120km/j….

1jam45minit sampai di tanjug malim…LETIH…

Sebenarnya mengejar masa kerana ada temu janji dengan muslimin….urusan dikpah dan muslimin…saya meneman jer.Tak manis kalau saya tinggalkan dikpah dengan muslimin tue..

Selesai!

Ke KAB menghantar adik Nida….dapat free juadah berbukak….banyak betul…dari ckgu razi dan wadi untuk ahli muslimat bait ‘Z’..
Selamat Berbukak!…
p/s:- Kepada sahabat sahabiyah dan para pengunjung serta pembaca… marilah sama2 mendoakan kesejahteraan nenek dan sahabat saya. Semoga mereka cepat sembuh dan dapat beramal ibadah dengan sempurna…ameen

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar…

Pesanan dari ana…:-
1)Jangan bawa motor dan kete lelaju..nanti excident sapa yang susah?mereka dan keluarga mereka juga yang susah.
2) Layanlah pesakit dan orang tua dengan sebaiknya dan mulia,agar kurang rasa resah dan sedih mereka.
3) Kita kenalah sabar,kerna Allah suka pada org yang sabar…Innallahamma’asobirin..

Abaikan.. August 21, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Mehnah Kehidupan, Nota Pada Diri.
add a comment

Dib!!

– Siapkan Tesis

– Perancangan RPA,perjumpaan….setiap sabtu malam

-Esiment Fizik Tenaga

-Macroteaching

-Program Fizik

-Meeting Bait ‘Z’…. setiap selasa malam

-UlangKaji…..bila???

bila mahu siapkan semuanya?

Aku penat menunggu…dan terus menunggu…

Masa yang lalu….Ya Allah…Apa yang aku buat ni?

Jangan buang masa…tika itu..

Terus usaha!..

esok puasa….

1 Ramadhan akan tiba….

Sabar dan terus sabar,menunggu saat tibanya peristiwa….

Mampukah aku?

Ya Rabb, bantulah..

p/s: sila abaikan sekiranya tidak faham entry kali ini..

Mohon sejuta kemaafan…

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Ahlan wasahlan syahru Ramadhon..Salam Ramadhon Kareem…😉

-adibahamir-

Bilik PMS (Psatuan Mahasiswa Sains)

Melayu Hari Ini.. August 21, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Nota Pada Diri.
add a comment

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

“Rasulullah bersabda : Bertaqwa lah kamu dimana saja kamu berada.Iringlah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu  dan begaulalah sesama manusia dengan akhlak yang baik.”

AYUH,kita boikot!! August 10, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Mehnah Kehidupan, Tazkirah dan Perjuangan.
add a comment

Salam…

Kelihatan kelibat para graduan datang ke upsi ini mula berpusu2 menguruskan urusan konvokesyen mereka. Segala jubah dan bayaran sedang dilunasi. Usai habis kelas tadi, saja-saja melalui tapak konvo…baru mula memacak kemah,menyusun barang2 yang bakal akan dijual nanti.. wah…bermacam-macam jualan..mengikut tentatif konvo nanti,seperti yang sebelumnya akan ada konsert..konsert yang sebelum ini kebanyyakkan dari kumpulan2 nasyid..tapi kali ini lain dari yang lain. Pada hemat saya, tak salah kalau mahu mengadakan konsert,tapi biar pada keadaannya. Paling mengejutkan dan tak setujunya saya serta sahabat2, dua orang jemputan artis iaitu Jaclyn vactor dan faisal Tahir..WAAA!!!!!! memang power…tapi!!!……ini tidak sesuai dengan imej upsi itu sendiri…

Sebenarnya, petang tadi 5.30pm, saya dan sahabat2 pro kebajikan memang di undang2 ke meeting.Meeting pembantahan konsert yang akan dijalankan malam ini…. Apa yang berlaku, walaupun desakan dan bantahan berlaku sebelum konsert berlangsung ,bangunnya insan2 mempertahankan, haram!!tidak di endahkan langsung oleh pihak penganjur ,malah perkataan – perkataan dari pihak tertentu cukup sinis pada bantahan kami…..Perjalanan konsert akan diteruskan (istighfar sudah)…walau surat bantahan serta beberapa ahli mpp pro kebajikan bertemu sendiri dengan pihak HEP dan TNC…

tapi yang sebenarnya….

Kenyataan semasa…

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan kecewa dengan penganjuran konsert Jacklyn Victor di UPSI. Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan memandang serius diatas penganjuran berkenaan dan membantah kehadiran artis ini sempena pesta konvokesyen pada kali ini yang seharusnya bersifat intelektual bukannya hedonism apatah lagi ketika ini kita berada di Bulan Syaaban dan akan menjalani ibadah Ramadhan tidak lama lagi. Persoalannya lagi, mengapa perlu dibazirkan wang untuk tujuan hiburan berbanding dengan perkara-perkara bersifat akademik dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi. Kami begitu kecewa terhadap pihak pihak penganjur yang menjadi sebahagian dari warga pendidik seharusnya memainkan peranan untuk menapis permohonan persembahan artis dari dalam ataupun luar negara. Tapisan ketat perlulah dibuat bagi artis-artis yang mengadakan pertunjukan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat di UPSI dan penduduk sekitarnya memandangkan UPSI adalah institusi yang melahirkan bakal pendidik. Gejala hendonisme, iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan budaya yang tidak sihat ini…………………

AYUH! SAHABAT2 RUNTUHKAN KEBATILAN DI BUMI LONDON KITA YANG TERCINTA INI.

FIRMAN ALLAH:

“Sesungguhnya orang2 yg briman hanyalah org2 yg briman kpd Allah dn Rasul-Nya, kmudian mrka tidak ragu2 dn mrka berjihad dgn hrta dn jiwa raga merka pd jaln Allah, mrka itulah org2 yg benr.(Surah A-Hujurat:Ayat 15).

“:dan perangilah mrka itu, shingga tidak ada fitnah lagi dan(shingga) agma hanya untuk Allah belaka. jika mrka berhenti (dr mmusuhi kmu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kcuali terhadap org2 yg zalim.(Surah Al-Baqarah:ayat 193)

p/s :- sama2lah kita mendoakan… ‘QUNUT NAZILAH’..

‘kejadian’ akan berlaku..malam nie,tepat pkul9.00…..dalam masa beberapa jam ini,bangun untuk membantah….kata salah sorang wakil mpp….pro kebajikan..

DUHAI DIRIKU!! July 19, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Mehnah Kehidupan, Nota Pada Diri.
1 comment so far

Bagaikan mahu berbicara,tetapi tidak tahu apa..blur!!!!macam mana ya??… Kepenatan sangat. .. walaupun hari ini agak sibuk dengan urusan tesis,meeting , kuliah dan sebagainya… tapi!! Kekadang, terkandas juga… Mahu release tension, mencari ketenangan hati….. Balik ke rumah sewa,tiada siapa… aduh!! Mahu menangis, dengan panas terik,letih dan penat, terpaksa menunggu housemate dekat dua jam. Mana tidaknya, kunci rumah tertinggal… Allah… Sementar lagi, ada hal dengan lecturer, aduh…sempatkah menyetelkan dokumen2 untuk diserahkan padanya…juga mahu berbincang perihal tesis. Semoga dipermudahkan urusan…mohon Allah lembutkan hati prof untuk  approve proposal…amin…takut juga nanti….. bila ketemu Profeser itu, di rejectnya  terus…😦

Letih ini tiada kesudahannya lagi, tup2 dapat mesej….. akak housemate ajak ke kalumpang..ahh…macam best jer, tapiiiiiii…….saya sudah letih….kerana tidak mahu mengecewakan hati akak housemate, saya turut serta. Kami pergi bertiga saja… adik afifah…saya dan akak mila itu… berkereta…

Sampai di kalumpang, mendengar jeritan air…amat menenangkan…sejuk dan nyaman sangat. Solat dulu ya….dah lewat… Mesej dari ukhti, katanya….‘dik, tengahari pun nak berkelah lagi ker?….. ‘Saja release tension…..jauh sikit dengan kesibukan d kampus….hihi’…apa2 sajalah saya ni… memang enjoy..hilang terus kepenatannya… amat melucukan, kasut  bertumit kak mila dihanyut air…..kesiannnnnnn…..nanti kita beli baru ye kak..hikhik….

Sekejap saja kami di sana…dari pkul2.30 – 4.00ptg…kata akak mila…..kan best kalau buat BBQ…berkelah beramai2..tidur di chaletnya..hihi….bleh2, nanti masa free ya..ajak sume housemate join… Melihat sang air, mengalir deras… sejuk dan nyaman….terasa mahu berendam2 itik… sayangnya…. Alaaaa….baju tak bawa!😀

Image(387) kasut kak mila terhanyut sudah…😦

Image(395)bersama kak mila yang comel itu..satu rumah ini..

Merenung pada air…….bagaikan memahami hati ini…..aduhh…

Penat…esok malam ada meeting lagi.. portfolio belum dilunasi…..Pagi esok berprogram di pasti… oh…teringat!!! Esiment perlu disiapkan malam ini…kerana esok kena hantar pagi2….aduhai diri…… Inikan amanah Tuhan,tanggungjawab kita…………………..

semoga Allah terus bersama kita….

Kekadang, kita merasakan terlalu banyak dan terlalu berat amanah Tuhan ini yang kita perlu pikuli, namun ingatlah, Allah tidak zalim.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Maka berdoalah): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir (al-Baqarah; 2:286)

Oh ya!…

Proposal saya sudah di approve….syukur alhamdulillah🙂

Semoga selepas ini.,.,….bertambah mudah urusan… dan juga urusan si ‘dia’…saya sentiasa mendoakannya…..walaupun kini jauh….. sebentar saja…..sabar ya…🙂

Khususan ila zauj wa zaujah???? July 15, 2009

Posted by adieb in Bicaraku, Nota Pada Diri.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah…

Sementara menunggu sahabat2 bersiap2 menghadirkan diri dalam meeting sem akhir jam 9 malam, terpaut pula mata ini pada sebuah buku bertajuk ‘ Menempuh Gerbang Perkahwinan’, oleh Dr Fadzilah Kamsah, keluaran Telaga Biru. Melihat pada wajahnya, buku ini agak lama sudah diterbitkan. ..

Berdehem si akak housemate, mertertawakan saya, ‘aihh…dib, sesuai saja buku itu untuk kamu… Ish,akak ini ada2 saja ya…usikkan manja si akak yang sebelah meja, sebelah katil itu… membuatkan saya tersenyum malu..

Saya hanya berbelek2 saja buku ini, tidak membaca sepenuhnya. Apa yang menarik perhatian saya, iaitu ‘Tip membina rumahtangga cemerlang’..

1_506352412l

Di sini saya senaraikan, tip2 nya..bagi bakal2 suami isteri, sila ‘pay attention’…..🙂

• Sering melakukan kegiatan bersama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua, beriadah dan mandi bersama.
• Galakkan isteri tidur di atas lengan suami
• Tukar gaya penampilan dari masa ke semasa untuk mengelakkan jemu
• Bersama kreatif mencipta suasana rumah yang harmonis dan tenang.
• Setiap kali pertelingkahan kenangkan kembali waktu manis dulu dan di saat bulan madu
• Kenangkan dan ucap terima kasih kepada isteri di atas kesusahan dan kesukaran melahirkan dan mengandung anak.
• Bersikap mesra dengan keluarga mertua
• Isteri perlu berhias lebih kepada suami
• Isteri dan suami perlu bersikap lemah lembut
• Apa jua masalah, bawalah berbincang….
• Suami perlu pimpin dan nasihat isteri sekiranya diperlukan

Suami ibarat matahari yang sentiasa menerangi, isteri laksana bulan,cantik,lembut dan indah…anak – anak adalah penyeri hidup dalam berumah tangga..
“ Jadilah yang solehah buat yang soleh dan jadilah yang soleh buat yang solehah”….
Teringin pula sembahyang sunat ‘ursy dua rakaat…. Tapi… bila ya!

Kembali tersenyum……🙂

JEMPUTAN UNTUK KULIAH NISA’ UPSI 2009

TAJUK: WACANA PENGURUSAN RUMAH TANGGA (rahsia dan tanggungjawab wanita dari persepsi ibu,isteri&anak2)

TARIKH: 17 JULAI 2009- JUMAAT

JAM : 12.OO PM – 2.OO PM

TEMPAT : DKJ, UPSI

NOTE:- hanya pada muslimat saja, muslimin solat jumaat yer..kalau datang tue,nakal sungguh laaaa…!!😀

PPSMI TAMAT??? July 10, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim…

Baru2 ini usai menunggu solat isyak, sahabat baik bertanyakan mengenai isu PPSMI.. dib, macammana dengan PPSMI eh…senyum sendirian tanpa berkata. Akhirnya, teukir juga bibir ini dengan perkataan, jika dulu kurang timbul bab PPSMI agaknya sudah ‘termusnah’ barangkali, tup2 kali ini ‘terbangun’ pula… Laaa,ku fikirkan dah TAMAT… rupanya TIDAK!..enti tak tahu ke PPSMI dah dimansuhkan. Begitulah terpanculnya kalam dari mulut saya. Sekiranya, hasrat kerajaan membuat ppsmi ini bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris, melahirkan anak2 dan pelajar2 yang hebat dalam bi, sangat menggalakkan, dan ia sangat baik, tetapi utk menguasai bi ia bukanlah secara terus menerus guru mengajar sains dan matematik menggunakan bi tetapi pemantapan guru bi serta kemudahan dan p&p yang baik. Kajian perlu dibuat, pelbagai perkara perlu di ambil kira serius dari segi tenaga pengajarnya, abmnya, kaum-kaum lain sebagai contoh anak2 jauh di pendalaman…. Ini perlu dinilai dan dilihat secara ilmiah supaya perlaksanaannya tidak mencacatkan sesetengah pihak… “pendidikan untuk semua.bukan untuk sesorg itu saja”…. Memikirkan pula guru2 yang baru mahu menjinak2 dalam dunia bi bagi matapelajaran sains dan matematik, mereka yang kekurangan hebatnya,kurang menguasai bi akan teragak2 untuk mengajar, tambah sakit lagi, guru terpaksa praktis sebelum bermulanya p&p,dan bermasalah dengan pelajar2 yang tidak tahu bahasa inggeris, sebagai contoh kaum2 asli di pendalaman….apatah lagi mahu menguasai subjek mate dan sains dalam b.i … amat sukar sekali..

Secara hati ke hati…

saya bakal guru yang akan mengajar sains….. terkelu juga untuk bercakap dalam B.I…memikirkan budak2 bakal jadi pelajar saya.. Andainya, di ‘campak’ ke tempat2 pendalaman asli,mengajar subjek sains, mate… tak ke nanya jer.. :p

Barakallah…. July 7, 2009

Posted by adieb in Bicaraku.
4 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Melihat pada wadah ini, lama juga tidak ‘bersih’.. berhabuk sudah.  Kali ini, berpeluang saya mencuci habuk2 ini…biar tampak bersih selalu,,insyaAllah. Sedar tak sedar, telah masuk sem 7… sem akhir sebelum berpraktikal, bagaikan baru semalam daftar upsi.huhu… banyak sudah pahit manis belajar di u nie…yang manisnya dapat bersama sahabiyah2 tersayang,dapat belajar bersama. Yang pahitnya, setiap sem mesti saya sakit😦 beginilah ujian Tuhan. Tapi!, walaupun begitu, kita perlu kuat dan tegar,jgn mudah tunduk dengan ujian..

Oklah,… dalam entri kali ini, saya mahu sisipkan perjalanan cuti sem 2 bulan baru2 ini. Usai tamat exam biologi pada 29.04.09 itu, saya terus balik ke kolej… excited mengemas barang2 untuk diangkut ke rumah sewa. Sem 7 ini saya bersama sahabiyah tersayang tinggal di luar kolej. Moga2 ada ‘manfaatnya’, senang bergerak kerja..insyaAllah..

Dalam ,masa 2 bulan nie, sebenarnya ada perkara yang sangat bererti dalam hidup saya, mahu tidaknya dapat sorg lagi kak ipar baru….pada 31.05.2009 walimah abg kedua saya.. abg yang paling saya sayangi. Cerita sikit tentang abg saya yer..,. Dia dilahirkan di terengganu pada 13/06/1979. Umur pun dah 30 tahun,perwatakan yang lucu dan senang bersamanya. Sayang sangat saya pada dia, tapi sedih lah jugak bila dia kahwin nie. Apa pun ini satu fitrah, kita kena terima. Tak gitu?

Ini saya postkan hari bersejarah abg saya..hihi

Sempat juga berbicara dengan kak ipar…

semoga akak dapat jaga abg saya dengan baik,jangan menyakitkan dan kecewakan hati abg saya.Jangan buat ‘perangai’ tak baik di belakang dia… Saya sayang dia…

Pesanan buat abg tercinta.. Jaga akak ipar dengan baik….jgn mengecewakan dia,jgn marah2 ke dia. Sama2lah menghormati. Jangan selalu bermasam muka atau marah2. Create suasana yang happy2…jangan buat ‘perangai’ tak baik di belakang dia..

Kepada abg dan kakak….berilah pesanan di atas kepada saya dan suami nnti plak… “🙂

Di kesempatan ini saya mahu mengucapkan kepada:-

Kanda Mohammad Afzan & Siti Rogayah pada 31/5/09

Ukhti Rusnita & Akhi Ismail pada 31/5/09

Saiful Azahari & Azizah pada 31/5/09

Ukhti Sabiha & Suami pada 31/05/09

Nurrul Haniem & Suami pada 3/6/09

Sunarti & Mohd Firdaus pada 6/6/09

Ukht Nurul Munirah & Akhi Paizal pada 6/6/09

Antara banyak2 walimah ini… hanya walimatul ‘ursy abg saya saja saya dapat hadir..hihi😀 …Asif bagi member2 dan akak2 dan akhi2 yang tak dapat saya hadirkan diri….apa pun saya mendoakan kalian….

Barokallahu laka wa baroka alaika……Wa jama’a bainakuma fii khaiir… :)……………..semoga mendapat zuriat yang soleh wa solehah…Doakan ana dan bakal juga ya..hihi…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.