Khususan ila zauj wa zaujah???? July 15, 2009
Posted by adieb in Bicaraku, Nota Pada Diri.trackback
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah…
Sementara menunggu sahabat2 bersiap2 menghadirkan diri dalam meeting sem akhir jam 9 malam, terpaut pula mata ini pada sebuah buku bertajuk ‘ Menempuh Gerbang Perkahwinan’, oleh Dr Fadzilah Kamsah, keluaran Telaga Biru. Melihat pada wajahnya, buku ini agak lama sudah diterbitkan. ..
Berdehem si akak housemate, mertertawakan saya, ‘aihh…dib, sesuai saja buku itu untuk kamu… Ish,akak ini ada2 saja ya…usikkan manja si akak yang sebelah meja, sebelah katil itu… membuatkan saya tersenyum malu..
Saya hanya berbelek2 saja buku ini, tidak membaca sepenuhnya. Apa yang menarik perhatian saya, iaitu ‘Tip membina rumahtangga cemerlang’..

Di sini saya senaraikan, tip2 nya..bagi bakal2 suami isteri, sila ‘pay attention’…..
• Sering melakukan kegiatan bersama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua, beriadah dan mandi bersama.
• Galakkan isteri tidur di atas lengan suami
• Tukar gaya penampilan dari masa ke semasa untuk mengelakkan jemu
• Bersama kreatif mencipta suasana rumah yang harmonis dan tenang.
• Setiap kali pertelingkahan kenangkan kembali waktu manis dulu dan di saat bulan madu
• Kenangkan dan ucap terima kasih kepada isteri di atas kesusahan dan kesukaran melahirkan dan mengandung anak.
• Bersikap mesra dengan keluarga mertua
• Isteri perlu berhias lebih kepada suami
• Isteri dan suami perlu bersikap lemah lembut
• Apa jua masalah, bawalah berbincang….
• Suami perlu pimpin dan nasihat isteri sekiranya diperlukan
Suami ibarat matahari yang sentiasa menerangi, isteri laksana bulan,cantik,lembut dan indah…anak – anak adalah penyeri hidup dalam berumah tangga..
“ Jadilah yang solehah buat yang soleh dan jadilah yang soleh buat yang solehah”….
Teringin pula sembahyang sunat ‘ursy dua rakaat…. Tapi… bila ya!
Kembali tersenyum……
JEMPUTAN UNTUK KULIAH NISA’ UPSI 2009
TAJUK: WACANA PENGURUSAN RUMAH TANGGA (rahsia dan tanggungjawab wanita dari persepsi ibu,isteri&anak2)
TARIKH: 17 JULAI 2009- JUMAAT
JAM : 12.OO PM – 2.OO PM
TEMPAT : DKJ, UPSI
NOTE:- hanya pada muslimat saja, muslimin solat jumaat yer..kalau datang tue,nakal sungguh laaaa…!!
Comments»
No comments yet — be the first.