perginya seorang kekasih.. April 21, 2009
Posted by adieb in Bicaraku, Tazkirah dan Perjuangan.trackback
Bismillahirrahmanirrahim….
Ya Rasulallah…)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Ya Allah….sayu sangat menghayati bait2 ini… menghayati detik2 nabi Muhammad yang mulia pergi di saat sakarat datang menjelma tiba.. sungguh sakit nian… bertapa sayangnya Rasullullah ini pada umatnya tatkala berdoa segala sakit maut umatnya nanti hanya ditanggung olehnya sahaja… sungguh tidak dapat saya katakan bertapa sayangnya beliau terhadap umat2nya…Dia akan turun membawa syafaat pada umatnya untuk menolong umatnya di titian siratul mustaqim nnt… Ya Allahh….bertapa mulianya nabi kekasihMu ini.. Alangkah indah sekiranya kita dapat berjuang bersama nabi untuk tegakkan islam tika ini… Jujungan Nabi Muhammad s.a.w..insan yang sangat bersih dari dosa…suci…. Dan sangat indah akhlaknya…Klau bukan kerana Rasulullah membuat kerja islam…blum tentu kita dapat merasai nikmat islam….ya!!… bertapa hebatnya Kau wahai kekasih Allah…..
Wahai insan…Ya aiyyuhannas!!….sedarkah engkau..ingatkah engkau pada rasulmu….berapa kali kah engkau mengingat rasul dalam hidupmu sehari???atau engkau tidak pernah ingat langsung wahai manusia….. Di manakah kasih sayangmu pada kekasihNya???? Apa bukti engkau sayang padaNya?? Selawat kah engkau padanya? Bukankah engakau tidak tahu…andai engkau selawat padanya,maka malaikat akan berselawat padamu sepuluh kali??atau engkau masih enjoy dengan kehidupan mu…lara dan alpha dengan hal2 dunia…ya aiyyuhannas!!!….bukakan hatimu…bukakan fikiranmu…..tanyalah imanmu………….
Wallahua’lam…
Semoga kita tidak pernah lupa pada Allah dan kekasihNya…ameenn..
Comments»
No comments yet — be the first.